Khamis, 15 September 2011

PANAS!! Nak Jumpa DS Najib, Namewee Syok Sendiri Rupanya!!





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada berjumpa dengan pengarah filem, Namewee pada minggu ini seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak termasuk media.

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, pertemuan tersebut tidak pernah ada dalam jadual Perdana Menteri, malah Namawee sendiri tak pernah muncul di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.

“Kami pun hairan bagaimana isu ini boleh ditimbulkan sedangkan pertemuan tersebut tidak berlaku.

“Apa motif sebenar pihak yang membangkitkan perkara ini kita pun tidak pasti,” katanya kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebelum ini, ada beberapa akhbar dan portal berita mengatakan Namewee akan bertemu dengan Perdana Menteri dalam waktu terdekat untuk membincangkan perancangan seni melibatkan dirinya.

Berita pertemuan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan mengundang kritikan banyak pihak yang kurang senang kiranya Perdana Menteri bertemu dengan pengarah filem tersebut.

Umumnya mereka berpendapat, Namewee tidak wajar diberi muka selepas beberapa kali menimbulkan kontroversi yang bersifat perkauman melalui beberapa karya seperti lagu ‘Negarakuku’ yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Pada tahun lalu, Namewee secara terbuka mengatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Najib bagi menjelaskan mengenai beberapa kontroversi yang timbul hasil karyanya.

Bagaimanapun sehingga kini beliau gagal bertemu Perdana Menteri. - Mynewshub.my



McTheory:
Rupanya babi ni syok sendiri.. hahah..

4 ulasan:

Abu Garcia berkata...

Isu ini dibawa oleh The Sun beberapa hari lalu .... kononnya mereka mendapat pengesahan drp PMO ....

Apapun ... Melayu yang berlakon dlm Nasi Lemak 2.0 aku anggap sebagai pengkhianat bangsa dan wajar diboikot.

Ada baiknya mereka ini turut digam saja daripada rancangan siaran TV sebagai pengajaran kerana bersekongkol dgn pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Tanpa Nama berkata...

rasa-rasa ada yang dalam pejabat PM yang sokong Babi tu tu yang nak buka peluang kot

nonbal berkata...

Pm nampak nak buat silap, bloggers tibai(kritik), Menteri silap, menteri pun kena tibai, Pembangkang lagilah dah lama kena.
Inilah kelebihan penyokong parti keramat, inilah satu keharmonian yang kita patut praktik. Bukan macam geng PR, semuanya pemimpin kata mereka ikut, semua dianggap betul. Sampai kata komunis baik pun ikut setuju. Merekalah assobbiyah paling dahsyat didunia ini, takdak siapa dah selain mereka.

Tanpa Nama berkata...

baguslah kalau PM tak jadi jumpa mamat rap sekor ni....takdak faedah pun jumpa mamat rap ni...buang masa je....lgpun apa yg dia bagi sumbangan?.....kutuk, hina pandai le.....dgr kata duit dia buat filem pun dpt dr finas lepas dia kutuk2 finas....cuma kesian kat org melayu yg berlakon filem ni.....berlakon atas nama seni, tapi maruah dimana?...kesian