sekadar hiasan |
Sehari dua ini kita digemparkan dengan berita seorang Kadi atau Pegawai Agama ditangkap khalwat di negeri Melaka ini. Saya mendoakan agar berita ini tidak benar kerana ianya jelas memalukan umat Islam jika ia benar.
Seorang Kadi yang berilmu dan bijak pandai dalam selok belok agama boleh ditangkap ketika melakukan maksiat. Memangla bukan semua manusia sempurna, namun sebagai bijak pandai agama beliau sepatutnya lebih bijak mengawal keadaan dan nafsu.
Saya mengharapkan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani menafi atau mengesahkan berita ini kerana ianya penting bagi menjaga kesucian Islam. Kalau ianya tidak benar maka pihak yang menabur fitnah mesti didakwa kerana menabur fitnah.
Kenyataan rasmi dari Jabatan Agama Islam Melaka perlu untuk menjelaskan keadaan.
McTheory:
Berita ni pun boleh jadi Modal Pakatan untuk hentam UMNO..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan