Selasa, 6 September 2011

TUDIAA!! Fakta sebenar sejarah yang disembunyikan! Kenapa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan!


Terima kasih kepada tukang komen yang menyenaraikan fakta-fakta penting, Mc rasa fakta ini sesuai dengan senario sekarang, apabila ada pihak yang mula mahu mendewakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Kata-kata Mat Sabu adalah benar apabila menganggap Tok Janggut yang membunuh polis Melayu bernama Sarjan Che Wan semasa penjajahan British sebagai pahlawan Melayu, kenapa kita tidak boleh anggap Mat Indera (ahli komunis Melayu dlm Rejimen ke-4 PKM yg diketuai oleh Goh Peng Tun & menyerang balai polis Bukit Kepong) sebagai pejuang kemerdekaan? BETUL JUGA, ADA KEBENARANNYA.

Juga baca artikel berikut, nak baca: klik sini BETUL JUGA, ADA KEBENARANNYA.

Tetapi, jadilah umat Islam, bangsa Melayu & warga Malaysia yang mempunyai Emotional Intelligence & bukan berotak udang. Kenapa?

SEBAB PERTAMA: Inilah antara “spin” emosi & fakta yang dimainkan oleh DAP untuk dapatkan sokongan bangsa Melayu bagi memangkah parti mereka dlm PRU-13.

SEBAB KEDUA: DAP tahu, memang mustahil & amat sukar utk org Melayu pangkah parti roket kerana track record PAP di Singapura dlm melenyapkan identiti bangsa Melayu serta melemahkan agama Islam. Maka, Mat Sabu (aka Rashid Maidin) yg merupakan Timbalan Presiden PAS (hasil kejayaan memecahkan undi golongan ulamak – Ustaz Nasharudin vs Ustaz Tuan Ibrahim) merupakan gunting dlm lipatan utk divert undi Melayu khususnya penyokong PAS/PKR secara total kpd DAP.

********************************

Berbalik kpd fakta sejarah yg diputar-belitkan:

FAKTA PERTAMA: Tok Janggut memang pahlawan Melayu kerana beliau menentang penjajahan British pd tahun 1915, termasuklah polis Melayu yg menjd barua British.

FAKTA KEDUA: Jepun melalui Jeneral Itogaki menyerah kalah kpd Pihak Berikat pd 12 Sep 1945 di Singapura.

FAKTA KETIGA: Sebelum kedatangan semula British, PKM telah melaksanakan peraturan berikut (shg lahir beberapa pahlawan Melayu yg menentangnya spt Panglima Salleh):
1) Mengutip cukai yg tinggi drpd penduduk.
2) Memaksa penduduk menyerahkan hasil tanaman & ternakan kpd PKM.
3) Menculik & memaksa penduduk menjd anggota PKM.
4) Menyerang kampung & membunuh orang awam yg tidak berdosa tanpa alasan khususnya melalui penubuhan Mahkamah Rakyat.
5) Melarang orang Islam mengerjakan ibadah khususnya solat berjemaah.

Nota #1: PKM (aka MPAJA, Bintang Tiga, Bucu Tiga) yg ditubuhkan pd 30 Apr 1930 di Singapura dgn kehadiran Ho Chi Minh adalah rebranding drpd Parti Komunis Nanyang yg juga ditubuhkan di Singapura pd tahun 1922. Fahaman asas PKM adalah berlandaskan kpd ideologi Karl Marx iaitu “religion is the opium of the people” atau dgn kata lain berjuang utk penubuhan sebuah negara atheist.

Nota #2: Sepanjang pemberontakan PKM dari 16 Jun 1948 shg 31 Julai 1960, sejumlah korban (tidak termasuk yg cedera) adalah seramai 2,947 anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu, 1,478 Pasukan Keselamatan & 4,668 orang awam (yg berjaya dikenalpasti).

FAKTA KEEMPAT: Penubuhan Malayan Union antara tahun 1946-1947 yg membolehkan British menjajah secara total dgn menggabungkan semua negeri-negeri Selat, Bersekutu & Tidak Bersekutu telah ditentang oleh orang-orang Melayu.

FAKTA KELIMA: Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pd 21 Jan 1948 sbg persediaan utk kemerdekaan & dianggap sbg negeri naungan British (bukan lagi negeri jajahan British & juga tidak tertakluk kpd Queen of England). Tujuan adalah utk menyekat penyebaran pengaruh komunis di Tanah Melayu selari dgn perang dingin yg bermula pd tahun 1947.

FAKTA KEENAM: Balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 anggota PKM yg turut disertai oleh Mat Indera pd 23 Feb 1950 telah mengorbankan 14 anggota pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yg telah ditubuhkan pd tahun 1948. Diulang semula … Polis Persekutuan Tanah Melayu BUKANNYA Polis Malayan Union (ditubuhkan pd tahun 1946) atau Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (ditubuhkan utk negeri Kelantan pd tahun 1909 – Sarjan Che Wan yg telah dibunuh oleh Tok Janggut).

Sekian, ingatlah “spin” emosi & fakta ttg Loji Nuklear Lynas, video seks DSAI, tanah FELDA dsb. Berhati2lah dgn kewujudan dajal diakhir zaman.

McTheory:
Spin fakta sejarah bagi mereka yang berniat jahat untuk mengugat keamanan negara.

13 ulasan:

marilyn berkata...

bro...info yg terbaik.

-BBSK-

Tanpa Nama berkata...

kalau bagi kat Mat Sabu baca artikel ni mesti dia kata cikgu dia tak ajar kat skolah....sbb bila cikgu sibuk ngajar dia tido dlm kelas...takpun ponteng kelas gi dgr ceramah pas pis pus....hahahaha

hci berkata...

aku cuba jadikn diriku ditengah2. ku baca dua2 artikel. selepas timbang, memmang benar sgt lah kenyataan mat sabu dan kenyataan yg menyokong mat sabu tu dangkal n pendek akal. apalah nk jadi dgn politik2 n anak politik2 pembankang ni!!

Taliban berkata...

FAKTA:

anak najib bertunang dengan anak pemimpin komunis Kazakhstan

Tanpa Nama berkata...

kazakhstan ex-komunis la bai...soviet union dh lame runtuh....ape da..

joehan berkata...

bro tanpa nama 6 September 2011 1:20 PM..ko jgn suh mat sabu bg info ni..kang die jd gile plak..otak die mn phm mende2 camni..lgpon mat sabu tu ade otak ke??hahhaha..

joehan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
joehan berkata...

for taliban 6 September 2011 2:57 PM...

nmpk sgt taraf iq bdk pr ni tahap jamban..ade ke kazastan tu dikatenye komunis..hahaha..blaja sej xabs bdk2 pr ni..asyik dgr ceramah caci maki pemimpin2 dungu pr je..dh penyokong2 pr sume jd biol..dh setaraf dajal org2 pr ni agknya..kes lynas abs ditipunye org rmai..skrng nk tpu psl komunis plak..sudah2 la menipu wahai pr oi.

Tanpa Nama berkata...

FAKTA:

anak najib bertunang dengan anak pemimpin komunis Kazakhstan.
-------------------

Apa masalahnya dia bertunang bai. Kazakhstan bukan negara komunis lagi. Itu la kau Taliban, sejarah baca kasi habis dan fahamkan. Jangan asyik dengar ceramah PAS, 3/4 fakta dia tak boleh pakai.

akuantiPAKATAN.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bro sebab siarkan komen itu dalam entry ini...satu sahaja yang saya nak tegur..gambar tu bukannya gambar mat indera..ada super impose..harap siarkan gambar beliau yg sebenarnya..

terima kasih...

Taliban berkata...

gua tak kata Kazakhstan tu negara komunis la bai.lu org ni,gua bagi ayat simple pun boleh paham ke lain.spin baek punya! gua tak taip NEGARA,gua taip pemimpin yg dia tu dulu pernah menganuti fahaman komunis dan jadi secretary parti komunis.

dah la gambar pun superimpose.tula kalau dah kuat sgt menipu sampai terlupa dah nak siasat dulu,berani sgt buat dosa

hehe berkata...

satu je.... fahami falsafah nasionalisme, komunisme, leninisme baru kita akan tahu... falsafah adalah tulang belakang kepada sejarah.... sejarah tidak boleh dihukum secara emosi... sbb itu lahir mazhab objektiviti.

Tanpa Nama berkata...

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu"....KO RASA TANAH MELAYU DAH MERDEKA KE...STILL UNDER BRITISH BRO..