Isnin, 5 September 2011
TUDIAA!! Mat Indera di tabal menjadi pejuang kemerdekaan baru!!
Inilah Mat Indera yang diagung-agungkan sangat oleh puak Pakatan Haram. Macam-macam puji-pujian yang Mc dengar dari pihak Pakatan Haram bagi mengangkat martabat komunis Mat Indera ni.
Apa saja kata mereka, Mc tetap memegang teguh bahawa Mat Indera ni pengkhianat Agama dan bangsa kerana dia menyertai komunis dan meneruskan perjuangan PKM untuk menjadikan Malaya sebagai negara komunis yang seterusnya.
Apakah selepas mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, mereka mahu mengangkat Chin Peng pula sebagai Bapa kemerdekaan negara?
Mereka (komunis) mengunakan modal untuk memerangi penjajah bagi mendapat sokongan rakyat. Kemudian meracuni jiwa anggota komunis yang lain dengan mengatakan mereka berada dijalan yang benar dan apa saja yang mereka buat hanyalah untuk mendapat kemerdekaan dan menawan Malaya dari tangan penjajah.
Sebab itu komunis menghalalkan darah orang kampung yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka. Malah mereka membakar kampung yang tidak mahu berikan mereka makanan dan tempat perlindungan.
Malah, apa saja yang menghalang, akan dipanggil sahabat british dan penjajah. Hinggakan Malaya sudah merdeka pun mereka tidak mahu mengiktirafnya kerana perjuangan mereka hanyalah untuk menjadikan negara ini sebagai negara komunis.
Cara dan ideologi mereka ini sama dengan Pakatan Haram sekarang, yang menyebarkan ideologi berbeza dengan apa yang berlaku di dunia realiti.
Kerajaan jahat, BN makan duit, kerajaan sekutu dengan yahudi, pembangkang ditindas dan pelbagai lagi cerita buruk yang disebarkan, malah kini mahu tukar sejarah pula, apabila UMNO bukan lagi sebagai pejuang kemerdekaan.
Ini boleh dilihat dan dipertimbangkan dengan akal apabila, kerajaan BN dikatakan begitu jahat, sehingga tiada langsung kebaikkan. Manakala, Pakatan Haram pulak, baik - sebaik - baiknya.
Hakikatnya berbeza. Mereka mahu kita hidup didunia fantasi mereka. Sebab itu mereka suka mengada-adakan cerita untuk penyokong pakatan haram gambarkan bahawa DS Najib dan kerajaan BN sekarang teruk.
Itu hanya rekayasa saja. Sebenarnya di dunia realiti. Mereka yang berada di dunia gelap. Iaitu dunia komunis moden yang mahu menjajah Malaysia semula. Dengan cara dan pendekatan yang sama seperti mana komunis yang lepas.
McTheory:
Sebab itu mereka mahu mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, sebab mereka dengan komunis, tak ada bezanya!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
mat indera mana boleh diangkat pejuang kemerdekaan... depa melayu haluan kiri berjuang supaya malaya dilepaskan oleh British untuk dijajah komunisme terpimpin di bawah sukarno dan menjunjung pacasila yang kelaut jua akhirnya itu...
Mat Sabu mengatakan: jika kita mengiktiraf Tok Janggut yg membunuh polis Melayu bernama Sarjan Che Wan semasa penjajahan British sbg pahlawan Melayu, kenapa kita tidak boleh anggap Mat Indera (ahli komunis Melayu dlm Rejimen ke-4 PKM yg diketuai oleh Goh Peng Tun & menyerang balai polis Bukit Kepong) sbg pejuang kemerdekaan. BETUL JUGA, ADA KEBENARANNYA.
Juga baca artikel berikut: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=print&sid=16000. BETUL JUGA, ADA KEBENARANNYA.
********************************
Tetapi, jadilah umat Islam, bangsa Melayu & warga Malaysia yg mempunyai Emotional Intelligence & bukan berotak udang. Kenapa?
SEBAB PERTAMA: Inilah antara “spin” emosi & fakta yg dimainkan oleh DAP utk dptkan sokongan bangsa Melayu bg memangkah parti mereka dlm PRU-13.
SEBAB KEDUA: DAP tahu, memang mustahil & amat sukar utk org Melayu pangkah parti roket kerana track record PAP di Singapura dlm melenyapkan identiti bangsa Melayu serta melemahkan agama Islam. Maka, Mat Sabu (aka Rashid Maidin) yg merupakan Timbalan Presiden PAS (hasil kejayaan memecahkan undi golongan ulamak – Ustaz Nasharudin vs Ustaz Tuan Ibrahim) merupakan gunting dlm lipatan utk divert undi Melayu khususnya penyokong PAS/PKR secara total kpd DAP.
********************************
Berbalik kpd fakta sejarah yg diputar-belitkan:
FAKTA PERTAMA: Tok Janggut memang pahlawan Melayu kerana beliau menentang penjajahan British pd tahun 1915, termasuklah polis Melayu yg menjd barua British.
FAKTA KEDUA: Jepun melalui Jeneral Itogaki menyerah kalah kpd Pihak Berikat pd 12 Sep 1945 di Singapura.
FAKTA KETIGA: Sebelum kedatangan semula British, PKM telah melaksanakan peraturan berikut (shg lahir beberapa pahlawan Melayu yg menentangnya spt Panglima Salleh):
1) Mengutip cukai yg tinggi drpd penduduk.
2) Memaksa penduduk menyerahkan hasil tanaman & ternakan kpd PKM.
3) Menculik & memaksa penduduk menjd anggota PKM.
4) Menyerang kampung & membunuh orang awam yg tidak berdosa tanpa alasan khususnya melalui penubuhan Mahkamah Rakyat.
5) Melarang orang Islam mengerjakan ibadah khususnya solat berjemaah.
Nota #1: PKM (aka MPAJA, Bintang Tiga, Bucu Tiga) yg ditubuhkan pd 30 Apr 1930 di Singapura dgn kehadiran Ho Chi Minh adalah rebranding drpd Parti Komunis Nanyang yg juga ditubuhkan di Singapura pd tahun 1922. Fahaman asas PKM adalah berlandaskan kpd ideologi Karl Marx iaitu “religion is the opium of the people” atau dgn kata lain berjuang utk penubuhan sebuah negara atheist.
Nota #2: Sepanjang pemberontakan PKM dari 16 Jun 1948 shg 31 Julai 1960, sejumlah korban (tidak termasuk yg cedera) adalah seramai 2,947 anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu, 1,478 Pasukan Keselamatan & 4,668 orang awam (yg berjaya dikenalpasti).
FAKTA KEEMPAT: Penubuhan Malayan Union antara tahun 1946-1947 yg membolehkan British menjajah secara total dgn menggabungkan semua negeri-negeri Selat, Bersekutu & Tidak Bersekutu telah ditentang oleh orang-orang Melayu.
FAKTA KELIMA: Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pd 21 Jan 1948 sbg persediaan utk kemerdekaan & dianggap sbg negeri naungan British (bukan lagi negeri jajahan British & juga tidak tertakluk kpd Queen of England). Tujuan adalah utk menyekat penyebaran pengaruh komunis di Tanah Melayu selari dgn perang dingin yg bermula pd tahun 1947.
FAKTA KEENAM: Balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 anggota PKM yg turut disertai oleh Mat Indera pd 23 Feb 1950 telah mengorbankan 14 anggota pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yg telah ditubuhkan pd tahun 1948. Diulang semula … Polis Persekutuan Tanah Melayu BUKANNYA Polis Malayan Union (ditubuhkan pd tahun 1946) atau Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (ditubuhkan utk negeri Kelantan pd tahun 1909 – Sarjan Che Wan yg telah dibunuh oleh Tok Janggut).
Sekian, ingatlah “spin” emosi & fakta ttg Loji Nuklear Lynas, video seks DSAI, tanah FELDA dsb. Berhati2lah dgn kewujudan dajal diakhir zaman.
terima kasih tanpa nama 10.27pm....maklumat yg bagus.....mmg puak2 tu pandai spin saja....isu org yg dah meninggal pun depa spin....dulu pi sekolah slalu lawan cikgu, tu yg jd bodoh piang tu...
Catat Ulasan