Rabu, 7 September 2011

UMNO patut ucap terima kasih pada Mat Syabu!!


UMNO patut ucap terima kasih pada mat sabu, kerana kebodohan dan keceluparannya menyebabkan rakyat terutamanya yang menganggotai pasukan keselamatan terus tidak lagi mempercayai Pakatan Haram untuk memerintah Malaysia.

Mungkin sebelum ini mereka agak ragu-ragu mengenai hal Pakatan yang dikatakan mahu menghidupkan perjuangan komunis semula di Malaysia. Namun selepas mat sabu menyatakan sokongnya pada komunis, segalanya menjadi lebih jelas.

Rakyat sudah tahu apa yang Pakatan haram perjuangkan. Kebencian rakyat terhadap Pakatan haram semakin memuncak. Sehinggakan pengundi atas pagar dan ramai penduduk kampung yang pernah menjadi mangsa komunis pada zaman dahulu, berazam akan mengajar Pakatan haram pada PRU yang akan datang.

Kebodohan Mat sabu dan keceluparan mulutnya menjadikan keyakinan rakyat kepada Pakatan haram runtuh lebih cepat.

Disebabkan itu juga mat sabu menolak ajakan debat dengan pemuda UMNO. Mat sabu tahu dia akan kalah, malah dia sendiri pun buta sejarah macam mana nak debat.

UMNO patut membuat sidang media rasmi dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mat Sabu kerana berjaya meperlihatkan ideologi dan matlamat sebenar pakatan haram di Malaysia.

Dasar Pakatan bergantung pada Dap. Sebab itu mereka menyokong komunis kerana mereka mahu menghalalkan perjuangan komunis, sekaligus perjuangan Dap untuk menghapuskan hak melayu juga turut dihalalkan.

McTheory:
Kini rakyat tahu apa itu Pakatan dan perjuangan sebenar mereka!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 ulasan:

jogho berkata...

UMNO mmg telah berjasa bnyk dlm memperjuangkan kemerdekaan dr British. Tp kita kena ingt, kita masih belum merdeka sepenuhnya jika kita masih menggunakan sistem perundangan british wp sudah 54 tahun merdeka. Lebih teruk dr itu, bahasa Melayu semakin merempat di negara tercinta kita. Pemikiran kita terutama muda mudi semakin terjajah dgn budaya asing. Sama2lah kita bermuhasabah dan cuba cari jalan penyelesaian