Jumaat, 21 Oktober 2011

GEMPAR! Kecoh Apabila Aziz Bari di Pecat!!


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Samsul Iskandar Md Akin telah ditahan oleh pihak berkuasa sebentar tadi ekoran dari penglibatannya didalam tunjuk perasaan membantah pemecatan Aziz Bari di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Difahamkan, Samsul Iskandar menjadi antara tonggak utama penganjuran tunjuk perasaan tersebut yang dinamakan sebagai Himpunan Pertahankan Kebebasan Akademik. Tunjuk perasaan yang bertempat di Perkarangan Masjid Kampus UIA Gombak dianggarkan dihadiri seramai lebih kurang 500 mahasiswa.

Walaupun telah berkali-kali diberi amaran oleh pihak berkuasa, tunjuk perasaan oleh para Mahasiswa yang dihasut oleh pihak Pakatan rakyat ini tetap berlangsung dan penuh dengan ungkapan-ungkapan memaki hamun kerajaan.




Mereka mendesak pihak kerajaan menarik kembali surat pemecatan yang dikeluarkan kepada Aziz Bari kerana mereka berpendapat bahawa Profesor tersebut berada di pihak yang benar. Selain itu, beberapa banner dan juga sepanduk juga digunakan untuk menghentam kepimpinan pihak universiti.

Para penunjuk perasaan ini terpaksa dikawal oleh 20 anggota keselamatan yang didatangkan khas dari Ibupejabat Polis Gombak. Ini bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa pihak pembangkang menjadi dalang sebenar untuk mengapi-apikan pelajar-pelajar Universiti yang masih hijau umurnya. Pembangkang mengambil kesempatan diatas isu pemecatan Aziz Bari untuk menyemai rasa benci mahasiswa kepada kerajaan.


Walhal, pihak universiti sendiri telah memecat Aziz Bari tanpa ada sebarang campurtangan dari pihak kerajaan pun. Jadi mengapakah kerajaan yang disalahkan? Ini semua semata-mata permainan politik jijik Pakatan didalam mencari isu untuk memburukkan pemimpin tertinggi negara.

Jika difikirkan dari satu segi, bukankah lebih elok Aziz Bari terus berhenti dari Universiti kerana ia akan membuka lebih banyak ruang untuk dia berpolitik. Selama ini pun dia lebih gemar berpolitik di pentas-pentas Pakatan, bukannya menumpukan kepada tugasnya untuk mengajar.

Jadi tindakan pihak universiti dilihat amat tepat apabila memecat Profesor tersebut. Bukankah Aziz Bari sendiri sudah tunjukkan dia lebih minat berpolitik.., maka lepas ini bolehlah dia pusing satu Malaysia untuk memenuhi impian sucinya tersebut.

Sumber cerita Mc ambil dari SINI.

Untuk bertindak lebih adil dan saksama, pihak universiti patut memberi hukuman kepada pelajar yang terbabit dalam demontrasi ini. Mereka sanggup mengambil risiko dengan berdemo demi Aziz Bari, biar mereka rasa akibat tindakan bodoh mereka yang mereka buat, apabila mempertahankan orang yang tidak sepatutnya mereka sanjung!

Apakah pelajar2 sekarang anggap mereka lebih cerdik dan pandai dari orang yang telah lulus dan bekerja? Korang belum tentu dapat Ijazah atau Diploma, mungkin hanya gagal berhenti. Berfikirlah mengunakan akal, belajar dulu cara untuk hidup, sebelum berani nak mengajar orang lain yang telah hidup.

McTheory:
Budak2 sekarang ni, otak simpan dalam peti, sebab tu jadi macam tu..

Tiada ulasan: