Isnin, 10 Oktober 2011

HUDUD!! Siapa yang berbohong? Guan Eng atau Nik Aziz?



DAP mengulangi amarannya semua 30 anggota jawatankuasa tertinggi parti itu akan meletakkan jawatan jika hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini kerana tidak mahu dicap sebagai
pemimpin tidak bertanggungjawab kerana membenarkan undang-undang jenayah Islam itu dilaksanakan.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata parti itu tetap dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya menguasai Kerajaan Persekutuan kerana ia tiada dalam manifesto bersama pakatan itu dan tidak disebut dalam Buku Jingga yang telah dipersetujui.

“Kalau boleh buktikan bahawa kita nak laksanakan hudud sama ada dalam manifesto bersama atau Buku Jingga, ini menunjukkan pemimpin DAP tidak menjalankan tugas kerana kita cakap masuk Putrajaya bukan nak melaksanakan hudud, kita akan bertanggungjawab meletakkan jawatan sebagai pemimpin dalam DAP, bukan saya saja, tetapi semua 30 jawatankuasa kepimpinan tertinggi DAP untuk menunjukkan kita bertanggungjawab.

“Kita bekerjasama (dengan PAS dan PKR) atas prinsip yang dipersetujui bersama iaitu lawan rasuah, lawan penyalahgunaan kuasa, lawan UMNO/BN,” katanya merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-16 di sini semalam.


Ditanya bagaimana boleh timbul isu hudud, Guan Eng berkata: “Itulah, saya tak pasti itu keluar daripada mulut Nik Aziz, itu kerana dipermainkan oleh media, bila kita tanya (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), dia cakap itu bukan seperti yang dimaksudkan.. itu sebab saya rasa media bukan dikuasai oleh kita, saya pun banyak kali menjadi mangsa, jadi saya tahulah.

“Apabila kita nak menjelaskan, itu tidak dijelaskan (dalam media), itu yang menjadi sebab, biarlah kita memperjelaskan di sini iaitu dari segi kerjasama ia hanya berdasarkan asas-asas iaitu apa yang terkandung dalam Buku Jingga dan manifesto bersama.”

Beliau juga menganggap kemunculan semula isu hudud adalah sebahagian daripada perang psikologi berikutan demam pilihan raya sekarang dan menjangka lebih banyak perang psikologi akan muncul dan perlu diperjelaskan pada masa depan.

Katanya, parti itu sudah banyak kali dituduh melakukan perkara yang mereka tidak boleh lakukan tetapi akan terus berhujah berdasarkan polisi dan fakta serta mengingatkan parti dalam pakatan pembangkang bahawa musuh utama mereka ialah BN.

“Saya tidak mahu bercakap perkara berbentuk hipotesis, kerana adalah mustahil untuk melaksanakannya (hukum hudud di Malaysia) kerana kedudukan Perlembagaan kita.

“Itu adalah perkara yang bukan saja berlaku sekarang tetapi 10 tahun lalu,” katanya.

Nampaknya perselisihan diantara Pas dan Dap masih lagi tidak selesai. Cuma kedua-duanya cuba menyapu 'masalah'  kebawah tikar. Dengan kata lain menyorokkan masalah yang timbul.

Seperti biasa, media perdana akan disalahkan. Walaupun jelas Nik Aziz kata dia nak buat hudud, tak kisah dengan Dap, dan Dap pula sangat2 menentang hudud, namun bila tiada jalan penyelesaian, masalah ini akan ditolak ke pihak ketiga, iaitu media.

Bagus la.. Guan Eng menipu cina.. Nik Aziz membohong Melayu!

McTheory:
Mereka hanya bergabung untuk kuasa dan mengalahkan BN itu saja..

Tiada ulasan: