Sabtu, 22 Oktober 2011

ISLE CARA PAS IALAH MENOLAK PERHIMPUNAN SESAMA UMAT



Perpaduan kaum di sebalik kisah Natrah




ESOK hari Sabtu 22 Oktober 2011, akan menjadi hari Himpunan Sejuta Umat (Himpunan) yang aman buat pertama kali bagi orang Islam setelah berlalu 60 tahun sejarah memurtadkan Natrah oleh penjajah. Kecuali isu murtad, banyak bezanya himpunan ini dengan apa yang ada dalam sejarah Natrah.
Apa hebatnya sejarah Natrah? Apa kaitannya sejarah agenda penjajah memurtadkan Natrah dengan perpaduan antara kaum? Sejarah Natrah sebenarnya adalah sejarah yang sangat istimewa - bukti cintakan agama bagi bangsa Melayu dan India Muslim ketika itu.

Sejarah Natrah juga adalah bukti perpaduan orang Melayu yang berbeza fahaman politik, berbeza latar belakang pendidikan dan berbeza status kedudukan - bergabung membela agama yang dihina penjajah sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri tahap tertinggi iaitu nyawa mereka sendiri.
Setelah 60 tahun berlalu, apa jadi kepada perpaduan orang Melayu ini? Nampaknya dalam isu murtad yang begitu aggresif terhadap orang Melayu kini, ia belum berjaya menghimpunkan atau menyatukan pelbagai perbezaan kedudukan orang Melayu hari ini untuk bersatu membela Islam.

Sehingga rencana ini ditulis - Parti Pas terang-terangan menolak untuk bersama Himpunan ini, padahal isu murtad jelas berkepentingan Islam yang dikatakan diperjuangkan oleh Pas.
Sejarah Natrah juga menjadi bukti gabungan semangat kerjasama dan perpaduan luar biasa kepada bangsa-bangsa yang bergabung dengan Melayu atas nilai-nilai murni sejagat dan hak asasi manusia. Ketika itu dengan rela hati, tanpa ada kepentingan diri bangsa-bangsa Cina, India dan Serani ikut berjuang menentang penjajah Inggeris yang menzalimi hak asasi anak kecil bernama Natrah.

 Sekiranya kita menyemak kembali isu perpaduan bangsa ini, selepas 60 tahun sejarah itu berlalu, kita hairan melihat betapa biadapnya kini sesetengah bangsa bukan Melayu ini mempersoalkan hak kedudukan Melayu, hak kedudukan raja/sultan mahupun hak Islam sebagai agama rasmi yang ada di dalam Perlembagaan.
Kalau dulu kita pernah berlaku jujur dan bersatu menentang musuh yang satu yakni penjajah dalam sejarah Natrah. Kenapa bangsa Melayu kini diasak pula dan dianggap sebagai musuh? Padahal tiada bangsa sebaik Melayu yang memberikan hak kewarganegaraan semudah itu dan tiada bangsa semulia Melayu dalam hal kompromi dan tolak ansur.

Sebagai imbasan kembali betapa hebatnya penyatuan Melayu dan bangsa-bangsa lain dulu, lihatlah bukti semangat berkorban ketika rusuhan Natrah. Dalam senarai 14 kematian di tempat kejadian pada hari pertama yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times 13 Disember 1950 - lima kematian adalah daripada bangsa Cina dan India, tiga orang bangsa Melayu manakala selebihnya adalah bangsa Eropah. Dalam senarai 138 orang yang cedera dalam kejadian rusuhan itu - 52 orang berbangsa China, 19 Melayu, 14 India, 11 Serani sementara selebihnya seramai 42 orang adalah bangsa Eropah.

Bagi saya sebagai pengkaji sejarah ini, gabungan bangsa-bangsa yang sanggup mati dalam sejarah Natrah ini adalah perpaduan luar biasa dan cukup hebat bagi sebuah negara yang belum lagi merdeka ketika itu.
Unsur perpaduan yang jujur dan kukuh ini telah wujud begitu lama - 60 tahun lalu, lama sebelum kerajaan menjadikan slogan 1Malaysia, empat tahun yang lalu.
Gelombang globalisasi, dunia tanpa sempadan - internet, telefon tangan - telah menukar corak budaya hidup dan pegangan agama generasi kedua bangsa Melayu, Cina, India dan Serani yang tidak kenal hidup susah dan tidak pernah tahu pengorbanan dan perpaduan antara bangsa dalam sejarah Natrah dulu.
Musuh dari luar yang menggunakan media eletronik - tv, pawagam, internet dan komputer, dunia sukan dan hiburan sebagai agenda melunturkan pegangan terhadap akidah agama, termasuk Islam. Oleh itu struktur budaya, pemikiran dan pegangan terhadap agama berubah, kerana perubahan kemewahan hidup dan faham kebendaan yang mengambil tempat.

Hal ini meresap masuk ke segenap aspek dan institusi kehidupan bangsa-bangsa besar Malaysia ini - sama ada politik, ekonomi, sosial mahupun institusi agama. Agenda musuh dari luar yang datang bersama globalisasi dalam mencairkan pegangan agama, mengambil tempat dengan mudah untuk menawarkan hidup mewah dan kaya raya apabila nilai pegangan agama boleh ditukarkan dengan nilai kebendaan.
Jadi pada pandangan saya, inilah isu sebenarnya - sikap melampau dalam agama - sama ada Kristian, Islam, Buddha atau Hindu dan sikap pentingkan diri sendiri di kalangan bangsa-bangsa itu yang akhirnya bertukar menjadi musuh dalam selimut kepada perpaduan kaum - yang menjadi nilai hebat dan utama sejak zaman Natrah itu lagi.
Jadi musuh dalam selimut ini berusaha sehingga berlaku usaha-usaha aggresif memurtadkan orang Melayu sejak zaman Aishah Bukhari, Lina Joy hingga kepada usaha yang melampaui batas - kes gereja Damansara Utama sangat mendatangkan kemarahan orang Melayu.

Kita percaya banyak lagi usaha senyap yang berjalan terus untuk memurtadkan orang Melayu yang tidak dapat dihidu.
Mengapa sejak 20 tahun kebelakangan ini begitu menjadi-jadi agenda memurtadkan bangsa Melayu ini? Mengapa bangsa yang dulunya pernah bersatu dalam isu memurtadkan Natrah oleh penjajah kini beria-ia mahu berusaha memurtadkan sahabat dan saudaranya sendiri bangsa Melayu dengan taruhan wang ringgit dan air suci (holly water)?
Mengapa mahu menggadaikan perpaduan seluruh bangsa dengan nilai kepentingan diri kelompok minoriti daripada bangsa-bangsa tersebut?

Kita harus cermat menilai isu memurtadkan orang Melayu atau orang Islam ini untuk mengelakkan ia menjadi fahaman perkauman yang sempit yang merugikan semua pihak. Kita tidak mahu bangkit satu lagi tragedi seperti rusuhan Natrah yang musuhnya adalah sesama kita sendiri.
Alangkah ruginya rupa bangsa yang telah beratus tahun hidup bersatu padu dan harmoni jika saling menikam diri sendiri, saling bermusuh sesama sendiri atas kepentingan peribadi dan faham agama yang melampau dari kelompok minoriti bangsa-bangsa itu.

Faham kepentingan diri dan faham memperalatkan agama yang melampaui batasan ini juga ada di kalangan orang Melayu/Islam. Demikian juga mereka yang bernafsu besar terhadap wang ringgit, kebendaan dan kelazatan melakukan maksiat.
Teladan buruk peringkat pimpinan atasan membawa kesan buruk kepada rakyat pertengahan dan bawahan yang hidup sempit. Mereka menjadi peniru yang baik terhadap amalan buruk beragama peringkat atasan itu. Kesempitan hidup tidak lagi ditanggapi sebagai ujian Allah untuk memberikan erti redha dan erti ikhtiar hidup.

Kesempitan hidup dengan mudah pula boleh ditukar dengan iman untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan seperti orang lain daripada pendakwah-pendakwah Kristian yang menangguk di air keruh.
Jadi pada pandangan saya, inilah musuh utama semua bangsa di Malaysia hari ini. Oleh itu semua bangsa dan semua penganut agama terutama kelompok pimpinan agama seperti ulama, paderi atau sami mesti menyemak dengan serius unsur faham melampau agama dan faham melampau pentingkan diri sendiri yang ada dalam penganut agama masing-masing.

Kita mesti berusaha membendung fahaman yang melampaui batasan ini sebelum terlambat. Bunga-bunga ke arah kehancuran perpaduan kaum dan perdamaian antara bangsa di Malaysia sudah jelas kelihatan dengan usaha-usaha melampaui batas memurtadkan orang Melayu kini.
Dalam hal seberat ini, kelompok pimpinan tertinggi politik dan pimpinan agama dan pimpinan pertubuhan agama bukan politik harus duduk semeja menangani persoalan murtad yang melampaui batas ini. Ketepikan persoalan percaturan politik dan percaturan kuasa, demi keutuhan agama.

Undang-undang murtad yang baru harus diusahakan agar dengan tegas boleh mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang sengaja mendakwahkan orang Islam kepada Kristian atau kepada agama lain di negara ini.
Sesungguhnya Islam itu wajib dibela oleh semua pihak, terutama kepada pihak yang memegang kuasa. Bagi saya, Islam mesti diletak di atas segala-galanya melebihi kepentingan politik, melebihi kepentingan peribadi. Parti Pas atau UMNO sepatutnya menanggalkan kepentingan politik apabila isu murtad ini diketengahkan. Survival Islam sebenarnya adalah makna survival bangsa bernama Melayu. Hancur bangsa Melayu belum lagi menghancurkan Islam. Tetapi hancur Islam sudah pasti menghancurkan bangsa bernama Melayu ini.
Orang Melayu patut insaf akan nilai perjuangan mengorbankan kepentingan diri demi agama daripada sejarah Natrah. Kalau dulu kita berani dan kuat dalam ketiadaan kuasa, mengapa kini kita lemah setelah merdeka, sedangkan kerajaan dalam pegangan kita?

Semoga matlamat Himpunan Sejuta Umat ini membuka mata bangsa Melayu, terutama para pemimpin politik yang sedang lalai dan masih leka bermain politik dalam isu survival serius agama dan bangsa ini. Salam himpunan dari saya pengkaji sejarah Natrah.


PAS MAKIN LAMA MAKIN SESAT,PAS HANYA SEBUAH PARTI POLITIK.BERSELINDUNG DISEBALIK ISLAM,BELAGAK HEBAT YANG MEREKA NI LAH YANG ISLAM LEBIH DARI ORANG ISLAM LAIN..DALAM ISU MURTAD DAHULU MEREKA LAH JUARA TAPI SELEPAS BERKHAWIN DENGAN AGAMA LAIN,PAS TERUS TERPESONG JAUH DARI AKIDAHNYA.


MEREKA LEBIH MEMENTINGKAN BERSIH 2.0 DARI PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT..

PMK
PAS SUDAH MURTAD SEJAK BERKHAWIN DGN DAP

Tiada ulasan: