Isnin, 17 Oktober 2011
KASI PANAS! Apa Cerita Panas Dengan UMNO Sungai Petani??
UMNO Sungai Petani, diantara satu bahagian yang paling kelam kabut. Dalam bahagian tu dulu, musang ada, katak ada, hantu ada, ular pun ada, sampai ada yang kata naga pun ada. Tapi tu dulu la, sekarang ni dengar kata dah makin ok.
Umno Bahagian Sungai Petani semakin bergerak lancar setelah diambil alih secara rasminya oleh Jawatankuasa Panel Pengurusan dan Pentadbiran Umno Bahagian Sungai Petani selepas bahagian itu dilanda kemelut dalaman sejak tahun lalu.
Naib Ketua Umno bahagian Sungai Petani, Datuk Mohammad Firdaus Datuk Zakaria berkata, pengurusan bahagian berjalan lancar setelah jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, mengambil alih sekitar Julai lepas.
Untuk rekod, Umno Bahagian Sungai Petani bergolak apabila ada antara ahlinya tidak berpuas hati dengan kepimpinan ketua bahagian, Ali Yahya .
Seramai lebih 30 ahli bahagian itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Ali semasa mesyuarat agung, Julai tahun lalu.
Terdahulu, Mohammad Firdaus menerima 100 borang kemasukan ahli Umno dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Telok Wang Besar, dekat sini.
Cerita ni Mc ambil kat SINI
Baguih la kalau UMNO SP dah elok balik. Rasa kalau syak ada orang Joe Bedul (Johari MP) dalam bahagian tu, sepak keluar la cepat2 dari menjadi duri dalam daging. Kalau tak habis semua planing UMNO bocor sampai kat PKR.
Sekarang ni banyak musang berbulu ayam, duit menguasai segalanya.
McTheory:
Jenis puak PKR pula takdak agama, lagi la teruk!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan