Ahad, 30 Oktober 2011
KASI PANAS!! Siapa Sebenarnya Yang Nak Bunuh Aziz Bari Ni?
Dulu si karpal singh kata dapat peluru, lepas tu si Anwar pun pernah kata kena ugut, sekarang ni Profesor kangkung kongkang ni pula kata dia dapat peluru juga. Apa hal ni?
Mana punya mangkuk nak pi bunuh Aziz Bari? Ada apa untung bunuh dia ni? Dia ni bukan siapa2 pun. Seorang profesor syok sendiri yang perasan sebagai pakar perlembagaan. Hakikat sebenar, pencacai saja yang menyokong dia terlebih sebab ingat mamat profesor ni bagus sangat.
Kalau lah benar ada orang ugut si Aziz Bari ni, Mc rasa nak pelangkung saja orang tu. Kenapa la bodoh sangat nak pi ugut dia ni. Orang macam ni, akan gunakan perkara ugut tu sebagai perkara simpati. Nak cari simpati orang ramai.
Dah ramai ahli politik pakatan yang buat kerja macam ni. Hingga ada yang upah orang ugut diri sendiri. Lepas tu mereka boleh canangkan pada 1 Malaysia, bahawa orang UMNO yang buat. Balik-balik UMNO jugak yang kena. he he..
Lepas ni Mc pasti akan ada skrip baru untuk mereka menuduh UMNO upah orang untuk ugut profesor kangkung ni. Alaaa.. alah bisa tegal biasa bro..
McTheory:
Skrip lama yang di ulang-ulang..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Si Bari Bari ni buat cerita dongeng pulakkkkkkkkkkk
Catat Ulasan