baca petikan di bawah
Wanita UMNO Kedah hari ini mengingatkan UMNO bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.
Ketuanya, Datuk Maznah Abdul Hamid berkata, kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.
"Parti lawan khususnya Pas sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam UMNO supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah. Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi,” katanya kepada pemberita, di sini. - Bernama
Nampaknya jelas sekarang ni yang UMNO kedah memang memerlukan bantuan,selagi masalah dalaman tak dapat diselesaikan jangan harap nak tawan kedah balik pada pru13 nanti..Kepada Datuk Bashah,jangan takut nak cantas orang yang bermasalah tu..simpan pun tak guna buat rugi beras ja..
PMK
kedah,kedah,kedah masih nak dabik dada lagi ka?

1 ulasan:
Tak dinafikan, Umno Kedah celaru. Hakikat yang wajar diberi perhatian serius. Ketua bahagian perlu komited dan tidak terlalu bergantung kepada Perhubungan negeri.
Sudahkah Ketua Wanita berkenaan bertanya kepada diri dia sendiri tentang peranan yang dimainkan untuk memantapkan wanita negeri.
Tinggal menetap di Kuala Lumpur dan sekali sekala menjenguk di Kedah sehingga dikatakan mesyuarat bahagian pun tak ikut sama, tiba2 pandai pula menasihati orang lain.
Saya tidak menyebelahi mana2, lagi pun saya kenal rapat dgn pemimpin ini, cuma pada prinsipnya masih banyak perlu dipertikai untuk diubah.
Begitu juga fungsi Ketua2 Bahagian lain yang banyak menggunakan telunjuk dari jauh. Di mana 'ekor' apabila 'kepala' tidak bersama.
Politik hari ini, kalau setakat menggunakan 'telunjuk' dan 'wang' dari jauh, saya kira bukan sahaja masalah dalaman, malah kesan paling ketara yang akan dihadapi ialah kepercayaan akar umbi.
Terpulang kepada pemimpin2 utama bahagian, kalau mahu melihat kekuatan bahagian dan parti, perlulah kepada satu pengorbanan samada memberi komitmen sepenuhnya atau menyerahkan tugas, tanggungjawab dan fungsi KB kepada orang lain yang lebih sesuai, insyaAllah.
Harus diingat ada waktunya "Duit bukan segala2nya"
Banyak perkara yang boleh dibincangkan khusus untuk kemantapan.....Jangan melihat sebelah mata bagaimana parti lain bekerja.
Memburu gelaran lebih mudah daripada mempertahankan gelaran
Catat Ulasan