Sabtu, 1 Oktober 2011

GEMPAR!! DS Najib Kelihatan Terdesak, Kenapa?!!


Sejak akhir-akhir ini, Mc melihat politik DS Najib kurang stabil, dan kenyataan yang diucapkan beliau banyak berkisar mengenai perkara sensitiviti orang Melayu. Kita tahu DS Najib mahu kaum cina mengundi BN semula, dan menaruh harapan pada BN seperti dahulu. Namun cara permainan politik yang sebegini amatlah berbahaya dan Mc tidak mengalakkan DS Najib meneruskannya.

Jika mengikut cuaca politik di Malaysia, UMNO menguasai 70% undi melayu Islam di Malaysia sekarang dan kekuatan utamanya dari kawasan luar bandar. Keyakinan Melayu Islam terhadap Pas menurun mendadak disebabkan bantuan Mat Sabu dan Nik Aziz.

DS Najib sedar bahawa, BN perlu memancing undi kaum cina yang diyakini amat kurang dalam menyokong BN walaupun terdiri dari ahli komponen BN sendiri.


Namun DS Najib sepatutnya mencari cara lain yang lebih bijak dari menyakitkan hati orang Melayu. DS Najib menafikan pemansuhan kuota Melayu, namun dari percakapan beliau, kita nampak seolah-olah beliau teringin untuk menyentuh perkara tersebut. Alhamdullilah apabila beliau menafikannya.

Soal Namewee pula, sepatutnya DS Najib tak perlu menjawab atau melayan soalan berkenaan budak beruk sekor ni. Sebab masih ramai kaum Melayu Islam yang terluka dengan perbuatan busuk Namewee yang tak pernah serik mencaci dan menghina kaum melayu. Malah hingga sekarang, Namewee tidak pernah sekalipun memohon maaf atas perbuatannya yang menghina kaum melayu.

Jika nak pancing undi cina pun, gunalah pendekatan dengan bijak. Kami blogger2 ni sakit nak menjawab apabila ditanya nanti. Mc bukan nak ajar DS Najib untuk memerintah negara, Mc cuma nak memberitahu DS Najib bahawa suara akar umbi tidak berapa gemar dengan stail politik DS Najib sekarang.

Kalau tanya Ahli MT, dorang semua tu tau mengangguk aje..

McTheory:
Angguk lebih selamat, jaga poket sendiri..

Tiada ulasan: