Sabtu, 1 Oktober 2011

ISU FELDA!! Minta TS Isa Samad Jawab Segera Sebelum Menjadi Barah!



Perkara yang dibawa oleh dua portal pembangkang ini sudah lama Mc jangka. Ini kerana, akar umbi di Felda sekarang, agak terkilan dengan cara pengerusi baru Felda sekarang ini. Cara TS Isa yang kelihatan agak mewah berbelanja menjadi buah mulut orang Felda dari sekian lama. Malah banglo baru mewahnya juga sudah siap dan menjadi umpatan orang sekeliling yang menyatakan beliau memakan duit felda.

Sepatutnya TS Isa kena membawa imej yang tidak menjadi umpatan orang ramai. Malah Isteri beliau juga menjadi sumber umpatan apabila sering berlagak sombong dengan warga felda dan gaya orang kayanya membuatkan orang menyampah.

Ini yang warga felda sampaikan pada Mc. Ini dari mulut orang UMNO, bukan mulut orang Pas.

Kenapa jadi begini? Sebagai OTAI dalam politik sepatutnya TS Isa lebih memahami orang felda. Orang felda tak suka melihat pemimpin mereka begitu gah dengan kemewahan dan begitu menunjuk-nunjuk bahawa mereka kaya. Itu stail orang kampung. Nak pancing undi orang kampung, nak mereka percaya, kita perlu mengikut cara mereka.

Sudah la TS Isa di kaitkan dengan penyalahgunaan kewangan felda oleh ANAK haram Mazlan Aliman, orang felda pula tengok kehidupan mewah TS Isa, agak2nya, mereka percaya ke tidak?


Sendiri boleh fikir la kan..

Mc minta TS Isa menjelaskan segalanya.. kalau boleh lakukan PC secepat mungkin, semua dah serabuk peruk dah nih..

Sebelum mengakhiri tulisan ini, apa kata pembaca layan dulu video dibawah,




McTheory:
ANAK! Haram Mazlan Aliman! hehe.. sedap bunyinya.

2 ulasan:

hitch berkata...

Yg saya lihat didlm permasalahan Felda ini mmg berpunca dari dlm pengurusan yg tidak telus dlm pengurusan felda itu sendiri.!jadi bila ada lubang2 yg boleh digunkan oleh berok2 PKR ni..lalu ditiupkan pembohongan dan pembohongan kepada peneroka2 felda....!Kebanyakan peneroka2 Felda ini adalah org melayu yg miskin yg dapat bantuan penuh dari kerajaan.....tetapi bila dikhabarkan yg Felda mempunyai jumlah aset dan duit berjuta2 lalu mereka2 ni berfikir kenapa pendapatan mereka x setimpal dgn kekayaan Felda dan ditambah pula dgn permasalahan yg sedia ada...lalu timbulah kes saman menyaman mcm ni....!
So...Pengurusan Felda harus sentiasa turun padang ceritakan perkara sebenar dan kalo boleh jika ada perkara2 sebelum ini yg boleh mengundang ketidakpuastian....pihak Felda harus mengakuinya dan membayar semula pampasan kepada peneroka2 Felda.....
Isu ii harus diselesaikan segera sebelum menjadi barah..

Tanpa Nama berkata...

sebab tu lah kita patut ikut cara pemerintah di negara negara Afrika,dimana mereka tidak memberi pelajaran kpd rakyat mereka supaya mereka tetap dalam kebodohan serta senang di perkudakan.Sudah menjadi resmi manusia mula mula untuk hidup kemudian tumpukan kepada pelajaran dan seterusnya akan berfikir samada apa yg di lakukan oleh pemerintah atau pihak berkuasa tu betul atau tidak.Jadi kita tak epatutnya menyalahkan orang lain samaada peneroka atau parti pembangkang kerana semua orang dapat lihat yg PENGURUSAN FELDA hanya sebagai pengurus kepada peneroka...jadi seolan yg akan di tanya oleh peneroka itu adalah'DARIMANA DATANGNYA KEUNTUNGAN FELDA SAMPAI BERATUS JUTA SETIAP TAHUN'WALHAL PEMILEK TANAH ADALAH PENEROKA serta kenapa mereka hidup dalam serba kekurangan serta terpaksa menanggung hutang yg banyak ..sbagai contoh apabila landasan kapalterbang atau pagar di bena pihak peneroka akan di bilkan sebagai penghutang.Jadi di mana silapnya sebab sebagai pihak pengurusan tanah rancangan Felda mereka sepatutnya hanya menerima 'management fee' dan pihak peneroka adalah tuan dan bukan hamba dan dari segi logik takkanlah pihak tuan tanah lebih miskin dari kulinya.Mungkin ada yg akan menjawab bahawa pihak FELDA yg memileh peneroka sebagai peneroka dan di berikan tanah..tapi perlu di ingat tanah yg di agihkan oleh Felda adalah asalnya milek kerajaan negeri dan atas ehsan mereka melantik Felda sebagai pemaju dsb.Jadi buat masa ini ramai peneroka telah sedar atau di sedarkan oleh generasi terkemudian bahawa ibu bapa mereka telah di kulikan oleh Felda dan sebab tulah sekarang banyak peneroka di tanah rancakan menyamam Pengurusan felda dan mendapat kemenangan.So pihak pengurusan Felda mestilah mengubah cara kerja mereka dan anggaplah mereka sebagai pekerja kpd peneroka dan bukannya sebagai boss kepada peneroka.