Rabu, 26 Oktober 2011

Negeri Kebajikan !!!! RUMAH AWAN DI KEDAH AKAN DISITA JIKA TAK BAYAR SEWA




Penyewa atau pembeli perumahan awam di Kedah yang ada tunggakan ansuran sewa beli yang tinggi, akan berdepan tindakan tegas termasuk kediaman disita jika gagal jelaskan bayaran selepas menerima notis mulai minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sehingga kini jumlah tunggakan keseluruhan mencecah RM20 juta membabitkan semua daerah.

"Kita akan mula menghantar notis kepada 5,000 penyewa yang dikenal pasti mempunyai tunggakan tinggi hingga lebih RM20,000 sejak lebih 20 tahun lalu.


"Kita nak maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dan minta penyewa bermasalah tampil untuk berbincang tentang cara bagaimana hendak menyelesaikan tunggakan mereka,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, beban hutang yang tinggi itu menjejaskan proses penyelenggaraan di kawasan perumahan awam di bawah seliaan Bahagian Perumahan negeri.

Katanya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap penyewa atau pembeli yang melanggar syarat perjanjian seperti menyewakan kediaman mereka kepada pihak ketiga.
Beliau berkata, terdapat 78 skim rumah awam membabitkan 15,000 unit rumah sewa beli di negeri ini, yang mana kadar bayarannya antara RM50 dan RM100 sebulan, selain 5,400 unit rumah transit atau sewa dengan kadar sewaan antara RM90 dan RM124 sebulan. — Bernama


NAMPAKNYA KERAJAAN PAS NEGERI KEDAH MEMANG DAH XDAK DUIT LANGSUNG SAMPAI PENYEWA & PEMBELI RUMAH AWAN DI KEDAH KENA TINDAKKAN SITA..KATA KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT.TOLONG LA CARI INISIATIF UNTUK RAKYAT MACAMANA NAK LANJUTKAN TEMPOH PEMBAYARAN ATAU KURANGKAN.JUMPA PENYEWA TANYA MASALAH,BUAT SESI DIALOG DENGAN DEPA..BARU TAU APA MASALAH DEPA,KALAU LA ADA PENYEWA YANG SAKET DAN MEMANG TAK BOLEH BUAT KERJA MACAMANA DIA NAK BAYAR??BANYAK LAGI AGENSI KERAJAAN YANG LAIN BOLEH BANTU.

BAGI LAH SEDIKIT KELONGARAN KEPADA PENDUDUK..KEBANYAKAN RAKYAT DINEGERI KEDAH YANG TINGGAL DI PERUMAHAN AWAN NI SEMUA DARI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.KALAU KERAJAAN PAS KEDAH BUAT MACAM NI.MANA DEPA NAK TINGGAL LEPAS NI??KATA DUIT UNTUNG BALAK BERJUTA JUTA.BANTU LAH SETAKAT MANA YANG MAMPU..

KEPADA RAKYAT KEDAH,LEPAS NI PANGKAH LA LAGI PAS..PAS KAN MENGAMALKAN KEBAJIKAN,KESEJAHTERAAN RAKYAT..


PMK
PAS SEMBANG NAK TOLONG RAKYAT.TAPI BILA RAKYAT NAK P MINTAK TOLONG SEKOR2 XDAK..

3 ulasan:

Rumah Dijual berkata...

semoga saja rumah awan dikedah secepatnya membayar uang sewaan agar rumahnya tidak jadi disita ?

Tanpa Nama berkata...

bukan kah PAS nih berprinsipkan kebajikan dan bukannya Islam? kenapa nak sita rumah aku lak?

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya disita lama dah... untuk selesaikan masalah.. saya hadapinya... saya alaminya... apa yang didakwa admin blog ini adalah SATU FITNAH YANG BESAR... cara PAS sebenarnya untuk menyelesaikan masalah... dan salah satu cara selesaikan masalah adalah dengan DISITA.. sekian, HARAP MAKLUM..!