Jumaat, 28 Oktober 2011
PANAS!! Apa Agaknya Anwar Buat di London Jumpa Al Gore?
Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.
“London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu”, kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.
Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.
Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.
Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).
Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.
“Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan”, kata Al Gore
Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.
Ramai pemerhati politik AS berpendapat langkah Al Gore membuka Generation Investment Management (GIM) di London pada tahun 2004 sebagai usaha untuk ‘melarikan aset/wang’ miliknya ke luar negara supaya tidak menjadi sasaran kumpulan musuh politiknya, Republikan. sambung baca SINI.
Patut la Anwar suka sangat kawan dengan Al Gore ni, ada kaitan rupanya. he he..
McTheory:
Anwar, hai Anwar, bila la ko nak berubah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan