Jumaat, 28 Oktober 2011
Tiket Final Mahal!! Berlagaknya FAM, Kena HACK! Ambik ko habuan!!
Mutu bola sepak baru naik sikit. Pasukan negara baru dua tapak naik ranking, tapi cara FAM berlagak serupa pasukan Malaysia dah masuk Piala Dunia.
Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. “Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya ketika dihubungi.
Tempat duduk stadium kan ada beberapa peringkat. Ada grandstand, ada biasa, ada sipi-sipi. Kan boleh tetapkan harga tiket yang berasingan. Jangan paksa orang beli rm50 semua. Ini jenis manusia tak fikir orang lain.
Baru pegang persatuan bola sepak dah berlagak semacam. Jawapan yang diberikan pun tak mesra rakyat langsung.
Padan dengan muka bila laman web FAM kena GODAM (www.fam.org.my).. he he.. Walaupun Mc tak sokong pasukan N. Sembilan atau Terengganu, tetapi cara FAM menjawab harga tiket tu, bagi Mc serupa takdak adab.
Perlu fikir perasaan penyokong sama, bukan semua kaya macam ko tu wahai Azzuddin!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
selagi pengurusan FAM tu tak tukar....tak dirombak hinga ke akar umbi..selagi tu la bolasepak malaysia tak kemana..jangan ingat menang sukan sea ngan piala suzuki dah bagus...otak2 lama kat FAM dah boleh rest la..kasi muka baru...masalahnya dengan FAM ni..bila ade yg bagi idea,konfirm kena ban..ape jadi ngan dell akhbar dulu?arwah basri akil?annuar musa pun tak lama kena la tu...orang2 camni FAM memang tak suka...yg bebal,yg angguk tu yg dia sayang...
Adakah benar ada peningkatan bolesepak Malaysia? Secara jujurnya tidak ada apa yang boleh dibanggakan kerena peningkatan berkulan berkala dan tidak konsistant. Satu yang tidap dinafikan sekarang memang ada beberapa pemain berbakat yang wujud akan tetapi bolasepak bukanlah permainan seorang atau dua orang akan tetapi adalah permainan yang mesti ada persefahaman dan keseinambungan didalam satu pasukan. Malaysia ni memang susah nak betul-betul maju dan berjaya dengan bolesepak kerana terlalu banyak kelemahan yang tidak boleh diperbaiki dari banyak aspek. Kenapa dan mengapa memang susah untuk diperdebatkan kerana semuanya ada politik dan akan dipolitikan dengan bermcm helah dan alasan yang kadang2 langsung tak masuk akal. Ketelusan didalam pemilihan pun tidak boleh berlaku yang lain memang almaklumlah.. Banyak sangat kalau nak diperkatakan.. hari main baik, esok mcm budak2..kejap baik, kejab tidak bukanlah kemajuan. memang adat permainan ada kalah dan memang tetapi biarlah kalah pun permain tetap bergaya dan ada kualiti..
Catat Ulasan