Memaparkan catatan dengan label fam busuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fam busuk. Papar semua catatan
Rabu, 21 Januari 2015
HOT! Kontroversi Gary Robbat Ciptaan Takiyuddin?
Kecoh memang kecoh, semuanya berpunca daripada seorang pemain bernama Gary Steven Robbat yang asalnya dari Kedah telah dipinjamkan ke pasukan Harimau Muda. Bila khidmat Gary tidak lagi diperlukan oleh Harimau Muda, sepatutnya Gary dihantar kembali ke negeri asalnya. Tetapi, itu tidak berlaku, sebaliknya Gary ke negeri lain tanpa pengetahuan persatuan negeri.
Kita mungkin fikir, Gary tak tahu bahawa ada terma (syarat) yang perlu beliau patuhi sebelum beliau bermain dengan pasukan lain. Kita bersangka baik, tetapi takkanlah pasukan negeri lain yang beliau nak tandatangan kontrak tu pun tak tahu juga?
Oklah kita anggap kedua-dua pihak mereka tak tahu dan tak sedar langsung. Bagaimana pula dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apakah mereka juga tak tahu mengenai undang-undang yang mereka sendiri buat? Atau mereka terlupa?
Jika mereka terlupa, Persatuan Bolasepak negeri Kedah ada menerima surat bertarikh 1 December 2014 yang mengatakan Gary Robbat akan kembali kepada pasukan asal. Selepas itu, perkembangan mengenai Gary terus sunyi, hinggalah beliau menandatangai kontrak bersama Pahang, kemudian dengan JDT.
Ok itu situasinya.
Bila Persatuan Negeri merujuk ke jawatankuasa FAM untuk mengenalpasti status Gary dan hak mereka. FAM hanya berdiam diri, kemudian PFAM, satu persatuan yang ditubuh untuk membela pemain bola sepak, menjawab pertanyaan persatuan negeri dengan mengatakan Persatuan negeri 'tiada hak ke atas Gary' tanpa penjelasan lanjut. Sedangkan FAM masih berdiam diri.
FAM hanya bersuara apabila keadaan mula kecoh dan peminat bola sepak mahu tahu keadaan yang sebenar. FAM menerusi Exconya Dato Takiyuddin (Adun Pas Kota Bharu), memberitahu media dan persatuan negeri bahawa Gary adalah 'agent bebas' dan boleh menyertai mana-mana pasukan bola sepak yang beliau mahu.
Persoalan disini, apakah surat bertarikh 1 December 2014 itu tak bermakna apa-apa? Persoalan kedua, bagaimana Gary boleh jadi agent bebas, sedangkan sebelum ini FAM pernah menyatakan beliau milik Kedah. Ketiga, karier Gary bukan hanya wujud semasa di Sekolah Sukan Bukit Jalil, beliau sememangnya dari projek pembangunan sukan bola sepak negeri Kedah. Apakah KFA tiada jasa langsung terhadap beliau. Keempat, penulis berasa ragu dengan Dato Takiyuddin, kerana keputusan beliau begitu kelihatan berat sebelah.
Apakah YB Dato Takiyuddin, diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan tersebut tanpa pantauan orang atasan? Atau Dato Takiyuddin ni ada membuat keputusannya berdasarkan politik semasa? Mungkin beliau ada niat untuk melaga-lagakan diantara persatuan negeri didalam kes Gary ni. Sebab bukti yang jelas serta bersurat pun boleh dilanggar oleh beliau semasa membuat keputusan.
Penulis tiada hak untuk memaksa FAM menjawab semua persoalan. Tapi inilah yang menganggu penulis sejak dari awal keputusan itu keluar. Benarkah si YB Dato Takiyuddin membuat kerja secara telus? Kenapa tiada laporan penuh pun yang beliau bentangkan. Hanya alasan ringkas, tanpa menerangkan yang lain. Hingga menyebabkan peminat bola sepak tidak berpuas hati.
Apa dah jadi sebenarnya, isu ni bak kata orang, bagai ada udang disebalik batu. Adakah mereka sembunyikan perkara yang kita tak tahu disebalik keputusan tersebut. Kenapa tak bersikap telus?
YB Dato Takiyuddin boleh tolong jawab tak?
Sabtu, 17 Januari 2015
Apahal ni FAM Cakap Tak Serupa Bikin!! #DiaBuatDiaLanggar
Nampaknya FAM memutuskan Gary Robbart hak FAM bukan hak Kedah. Sedangkan FAM pernah mengeluarkan surat yang menyatakan Gary hak Kedah.
Jika dilihat balik latarbelakang bola sepak Gary yang asal dari Kulim, beliau membina karier bola sepaknya semasa beliau bersekolah di SMK Al-Bukhary Alor Setar. SMK Al-Bukhary diantara sekolah yg sering melahirkan bintang bola sepak Kedah diantaranya Helmi Eliza, Amirul dan beberapa orang lagi.
SMK Bukhary juga merupakan sekolah yang dahulunya terkenal dengan kuasa bola sepak Kedah, selain dari Kolej Sultan Abdul Hamid dan SMK Syed Omar.
Kiranya Gary bermula di Kedah kemudian baru dihantar ke Sekolah sukan bwh FAM.
Penyokong Kedah bukan kelapaq sangat dgn Gary tu.. tapi kami nak FAM menghormati pasukan negeri. Terma dan syarat yang korang buat, patut ikut la.
Apa kejadah kalau sendiri buat terma, sendiri langgar. Sendiri kata betui, sendiri menang!!
Hangpa syok sendiri ka apa?
Kedah takdak masalah dengan JDT.. yang masalahnya Gary dan FAM! Sampai tak hormat persatuan negeri langsung!!
Kalau ini keputusan FAM diharap Gary berbahagialah di JDT! Tak perlu bagi apa-apa pampasan pun takpa, sebab Kedah tak kebuloq duit aihh..
Kita harap perkara ni tak berulang lagi.. ianya amat menyedihkan kerana ini mengambarkan bola sepak Malaysia masih tidak capai tahap profesional.
Bukan kerana duit atau nama tapi kerana maruah, sebab itu ia perlu dipertahankan mengikut undang-undang dan hak persatuan negeri.
![]() |
| Surat ni boleh buat bungkus nasik lemak ler gayanya.. |
Jumaat, 28 Oktober 2011
Tiket Final Mahal!! Berlagaknya FAM, Kena HACK! Ambik ko habuan!!
Mutu bola sepak baru naik sikit. Pasukan negara baru dua tapak naik ranking, tapi cara FAM berlagak serupa pasukan Malaysia dah masuk Piala Dunia.
Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. “Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya ketika dihubungi.
Tempat duduk stadium kan ada beberapa peringkat. Ada grandstand, ada biasa, ada sipi-sipi. Kan boleh tetapkan harga tiket yang berasingan. Jangan paksa orang beli rm50 semua. Ini jenis manusia tak fikir orang lain.
Baru pegang persatuan bola sepak dah berlagak semacam. Jawapan yang diberikan pun tak mesra rakyat langsung.
Padan dengan muka bila laman web FAM kena GODAM (www.fam.org.my).. he he.. Walaupun Mc tak sokong pasukan N. Sembilan atau Terengganu, tetapi cara FAM menjawab harga tiket tu, bagi Mc serupa takdak adab.
Perlu fikir perasaan penyokong sama, bukan semua kaya macam ko tu wahai Azzuddin!
Langgan:
Catatan (Atom)



