Jumaat, 28 Oktober 2011

TUDIAA!! Apa Tujuan Hudud Pas Sebenarnya??


Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah.

Maklumat ini Mc ambil dari blog CTS.

Sememangnya hudud Pas ni hanya untuk menagih sokongan umat Melayu Islam, terutamanya di Kelantan. Mereka tahu, bahawa hudud masih tidak dapat di laksanakan sekarang (kerana masih ada faktor yang tidak mengizinkan). Sebab itu mereka sengaja, war-warkan isu ini, dengan harapan dapat menyalahkan UMNO/BN (kerajaan pusat) sebagai penghalang mereka kononnya mahu membuat hukum hudud di Kelantan.

Hakikat sebenarnya, Pas takkan dapat melaksanakan hudud selagi mereka bekerjasama dengan Dap. Jikalau Pas laksanakan hudud, Pakatan Rakyat akan berpecah, seperti mana BA (Barisan Alternatif) dahulunya.

Nampak sangat Pas lebih pentingkan persahabatan politik, kuasa politik dari melaksanakan hukum Allah. Apa kiblat Pas yang sebenar? Islam atau Dap?

Tepuk dada, tanya Iman.

McTheory:
Khalifah Umar Abdul Guan Eng.. tu yang mereka sanjung..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAKDE PULAK PENCACAI PAS NAK KOMEN YE?

Tanpa Nama berkata...

supo mursyidol am dio ler! lidah bercabang, @ munafik