Hassan Ali bersama Mufti Perak |
Lebih 10 ribu orang hadir.. |
Perkasa pun ada.. |
Maaf Mc lambat update pasal HIMPUN ni, disebabkan kesihatan yang agak merosot. Namun secara ringkas yang boleh Mc katakan, Perhimpunan Sejuta Umat Islam ini mencapai tujuannya. Mengabung umat Islam tidak kira ideologi dan pendapat. Semuanya bersatu dengan satu tujuan iaitu mahu jenayah akidah umat Islam dibenteras.
Lebih 10 ribu umat Islam berkumpul, walaupun pada mulanya di lihat agak 'lembab' sambutan namun setelah acara berjalan, bilangannya bertambah.
Orang UMNO, orang Pas dan ahli2 yang mewakili NGO juga bersatu dan bersama dengan satu tujuan. Alhamdullilah..
Paling menarik apabila melihat Hassan Ali dan Mufti Perak Harussani bergandingan, bersatu demi menegakkan syiar Islam. Ini yang kita mahu, politik tolak tepi, Islam lebih penting dari segalanya.
Pada yang hadir ke perhimpunan HIMPUN Mc ucapkah tahniah!
Untuk mengetahui detail tentang acara ni, boleh ikuti di SINI
McTheory:
Bersatulah MELAYU demi Menegakkan ISLAM!!
6 ulasan:
KEJAYAAN PALING BESAR IALAH APABILA PERHIMPUNAN INI TELAH BERJAYA MENCARIKKAN TABIR TEMBOK ANTARA PARTI PARTI POLITIK.
MELEMAHKAN PENGHADANG PISAH ANTARA PARTI PARTI POLITIK.
TERUSKAN.
TAHNIAH.
Semoga umat Islam di Malaysia bersatu tanpa mengira fahaman politik. Kalau pun ada orang Melayu Islam yang berpolitik biarlah mereka hanya menyokong PAS dan UMNO. PKR hanya menjahanamkan Melayu Islam di negara ini. Tidak apa kalau PAS atau UMNO mengusai negeri mana pun kerana tetaplah Melayu yang memegang kuasa, tapi sebaliknya jika PKR yang menang kita lihat apa yang berlaku kepada Selangor...Khalid Brahim hanya menjadi boneka yang menurut perintah DAP dan Cina dalam PKR sahaja.
Suatu hari nanti sejarah negara ini akan mencatatkan bahawa Anuar Ibrahim adalah orang yang menghancurkan perpaduan Melayu dan umat Islam. Sama-sama kita lihat kalau umur kita panjang.
Gua tak nampak Rasionalnya berhimpun beramai-ramai dapat "Mendaulatkan" Agama Islam. Gua tak nampak kesan dari perhimpunan tu akan menguatkan lagi Agama Islam & gua tak nampak dalam pandangan sebelah mana pun penganut Agama Islam akan bertambah walau sebanyak 1% dengan berhimpun macam tu.
Dalam pada "Ekstrimist-Ekstrimist" (gua label leader-leader yang merancang himpunan tu sebagai Ekstrimist ataupun "pelampau" Agama Islam) tu berhimpun, menghimpun & menyatakan pandangan masing-masing melalui mikrofon & pembesar suara, yang lain bersorak-sorai bertakbir, golongan pendakwah Kristian bergerak dalam senyap.
Korang berhimpun, menyalak, bertakbir, sorak-sorai, penganut agama lain pandang dari jauh & berfikir & bercakap: "apa tu'..? Balik berhimpun, keluar dalam media sampai 5-6 hari, Islam bertambah kuat..? apa yang kuat..? sorakan..? takbir..? Umat Islam bertambah..?
Umat Islam tak kan bertambah kalau pendakwah WAJIB yang bertauliah, umat Islam tak kan bertambah kalau Sekolah Agama Rakyat tak dapat sokongan dari Kerajaan Pusat, umat Islam tak kan bertambah kalau banyak Gerakan Islam disekat pergerakannya hanya kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat.
Pendakwah Islam nak berdakwah kena ada "Tauliah", Mubaligh Kristian nak berdakwah cuma perlu ada "Kemahuan". Belum apa-apa kita dah kalah dalam bab ni.
"Nasib Baik"
Di Malaysia, gua letakkan Agama Islam sebagai Agama yang bernasib baik.
"Nasib Baik" mak bapak kita semua beragama Islam dan "Nasib Baik" bersebab kepada itu kita pun terus "diagamakan" sebagai 'beragama Islam" walaupun masa tu kita tak tau apa-apa pasal Agama Islam.
Ada jugak antara kita yang tergolongan dalam golongan ber"Nasib Baik" ni tak pernah mengamalkan ajaran agama Islam. Sembahyang Jumaat seminggu sekali sepanjang tahun bukan bermakna kita 'beragama Islam" kalau amalan-amalan WAJIB yang lain selambe je kita tinggal.
Pakai baju Melayu, bersampin, bersongkok bukan bermakna kita "beragama Islam" sebab semua perhiasan tu bukan HAK Agama Islam. Yang tu semua Pakaian "Orang Melayu". "Orang Melayu" dengan "Agama Islam" Tak sama. "Orang Melayu" kalau nak menikah kena beradat... Kena meminang, bersanding bagai. Itu bukan ajaran Agama Islam.
Adat Melayu kebanyakannya dicedok dari Adat dalam Agama Hindu. Kalau ikut 100% Adat Melayu, 30% kaki duduk dalam Agama Hindu.
Dalam Islam tak de "Hantaran" yang ada cuma "Mas Kahwin". Bersanding macam Kajol bukan ajaran Agama Islam.
Bagi gua la... Melayu makin kuat, Islam makin lemah. Melayu bukan Islam, islam bukan Melayu... Melayu cuma bangsa, Islam adalah Agama. Agama akan menguatkan sesuatu bangsa & bangsa selalunya akan melemahkan sesuatu agama. Bangsa yang bongkak akan membentuk Agama mengikut kemahuan mereka & bangsa yang lemah akan membentuk bangsa mereka mengikut kemahuan agama. Tak yah nak debat panjang-panjang bab ni.
Cuma bangsa yang Bongkak akan keluarkan kenyataan "Agama Islam" akan jadi lemah kalau "Bangsa" kita lemah. Ini kenyataan Bongkak. Kekuatan sesuatu "Bangsa" pada gua ikut mana-mana pun bagi gua terletak pada Agama.
Gua ambik contoh paling mudah... Realiti... Agama Kristian kuat bukan sebab Bangsa Kulit Putih, tapi Bangsa Kulit Putih jadi kuat sebab pegangan mereka pada Agama Kristian sangat kuat.
Tak susah nak nilai. Pagi Ahad sebelum loceng Gereja berbunyi, Penganut Agama Kristian dah penuh dalam gereja & realitinya dekat Malaysia sendiri Agama Kristian dianggap sebagai pengancam kepada Agama Islam... Eh... Berapa ramai Bangsa Kulit Putih ada di Malaysia sampai Agama Kristian dianggap sebagai pengancam kepada Agama Islam..?
Contoh mudah jugak gua ambik, Penganut Agama Hindu di Malaysia 90% berkulit Hitam & berbangsa India. Agama Hindu tak pulak dianggap sebagai pencabar kepada Agama Islam walaupun peratusan "Bangsa" yang beragama Hindu adalah India.
Kekuatan Agama bukan terletak pada "Bangsa". kalau tak paham jugak, nampak sangat tahap "Kemelayuan" korang tinggi.
Petang esok Insya-Allah sekurang-kurangnya 10,000 orang beragama islam akan berkumpul di Stadium dalam misi "mendaulatkan" Islam di Malaysia & malam minggu nanti gua yakin 100%sekurang-kurangnya 50,000 anak muda beragama Islam akan memenuhi pusat-pusat hiburan di seluruh Malaysia.
Yang kena tangkap ialah Pendakwah-pendakwah bebas yang mahu mendaulatkan Agama Islam tapi tiada "Tauliah", yang bebas tak kena tangkap malah "diraikan" ialah anak-anak muda beragama Islam pengunjung pusat-pusat hiburan.
Agama Islam TAK KAN kemana di Malaysia selagi Penguasa lebih pentingkan penguatkuasaan undang-undang yang merugikan Agama Islam sendiri.
Anak-anak dara berpakaian menjolok mata & melanggar ajaran Agama Islam merata-rata berkeliaran dibiarkan, Pendakwah yang mahu mendaulatkan Islam & mengembangkan Ajaran Agama Islam ditahan. Bini pemimpin tertinggi tak pernah reti nak tutup aurat & suami sendiri yang berjawatan Perdana Menteri Malaysia (Mohd.Najib bin Abdul Razak) DAYUS tak reti nak tegur bini.
Nak Daulatkan Islam..?
Khak Ptuih...!!!
Yg jahil terhadap agama Islam adalah kebanyakan golongan muda.Mereka ini terlalu dihambat atau dilalaikan dgn alat media baru iaitu internet.
Di Msia ugama Islam diamalkan dgn sesungguhnya. Tengok saja yg menunaikan fardhu haji semakin bertambah dan ada yg menunggu giliran bertahun-tahun.
Dan di Mekah Almukarammah tengok saja setiap tahun kira-kira 3 ke 4 juta umat Islam berhimpun dari seluruh dunia tanpa mengira warna kulit atau bangsa. Yes, Islam is universal.If not under suppression, Islam is 2nd religion with largest followers in China and Russia.Apa kuatnya orang Kristian, mereka 99% tak pernah mengikuti ajaran mereka yg sebenarnya.Ya, mereka ke gereja se minggu sekali. Tapi yg peminum, penjudi, homoseks, hampir semua sekali merekalah.
tanpa nama 5.36am & 5.37am
at least diaorg ada inisiatif utk memartabatkan agama Islam....at least diaorg berhimpun tidak mengira ideologi kepartian demi agama Islam.....at least perhimpunan ini tidak menimbulkan masalah kepada rakyat Malaysia (takde bom asap atau adegan guling2 atas jalan).....at least pemimpin perHIMPUNan ini beragama Islam.....yang penting adalah niat dan matlamat demi Islam.....bukan cakap2 kosong mcm hang....sbb, ckp2 hang mmg manis sebijik mcm si Nuar tu.....tapi apa yg hang buat utk agama hang?.....apa yg hang buat utk halang murtad dari berlaku?...dok komen/kritik kat FB atau blog saja ka?.....juak2 hang yg mengaku kuat agama Islam tu ada membela nasib bangsa melayu ka?....kalau kalimah ALLAH pun bleh jual kat kristian, tak payah nak sembang kuat2 la....pada aku, apabila bangsa kuat, agama pun akan kuat dan negara jgk akan jd kuat.....itu kelebihan dan keistimewaan rakyat Malaysia yg berbangsa melayu, beragama Islam....hang pun dikira ber'Nasib Baik' jadi rakyat Malaysia....kalau hang tak suka dok sini, dipersilakan berambus dari Malaysia.....hang bleh pilih nak pi Somalia ka, Libya ka, Palestin ka....pilih la nooo...
Catat Ulasan