User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Ahad, 23 Oktober 2011

PANAS!! Call Girl Servis klik 'LIKE' sini!!


KUALA LUMPUR – Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran.

Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan.

Tinjauan Mynewshub.my menemukan sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.

Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.

Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima ‘bekalan ayam’.

Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.


Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.

“Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.

Baru-baru ini, Mynewshub.my menerima kiriman emel dari seorang pembaca yang memberitahu kewujudan sebuah agensi yang menawarkan khidmat wanita pelayan di ibu negara secara terbuka di laman Facebook.

Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.

Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.

Selain akaun Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’.

Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai ‘lelaki hidung belang’ yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

“Yes, Good service. Can do whatever u want” katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu.

Meskipun laman web itu menyiarkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi urusan ‘perniagaan’ tersebut, nombor yang tertera gagal dihubungi oleh beberapa individu yang merungut di dindingnya.

“Where r u in KL? U r mobile not working (Di mana lokasi anda di KL? Mobil (telefon) anda tidak berfungsi.

“I call so many times but number is not in service u have any other number? (Saya hubungi banyak kali tapi nombor tiada dalam perkhidmatan anda ada nombor lain?,” komen Koteswararo Vaddavalli di laman Facebook tersebut.

“I call xdapat la..” kata kucing hodoh pula di dinding yang sama.

Aktiviti ini dan yang seumpamanya dengannya perlu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana Facebook digunakan anggota masyarakat pelbagai usia termasuk yang masih bersekolah.

–Mynewshub.my

McTheory:
Donia..donia.. macam2 hal pun ada..

0 Komen Pembaca:

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review