Khamis, 13 Oktober 2011

PANAS BERAPI! Melayu Bakal Jadi Bangla di Malaysia!


Sedih bila dengar Tun Dr Mahathir keluarkan jangkaan begini. Inilah akibatnya bila melayu tak sedor diri dan tak reti2 nak bersatu!.

Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.


"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya. - Utusan

Sampai masa dan ketika, melayu boleh ganti bangla kat Malaysia. Merempat di tanah air sendiri. Waktu tu kalau baru nak menyesal, baik hentak kepala kat dinding. Masa tu juga, anak, cucu, cicit maki2 kita, kenapa tak pertahankan tanah air kita ni. Jangan pulak pergi cari bangunan terjun bunuh diri. Ingat kita ni Islam, bunuh diri tu dosa besar.

Kalau taknak berubah tu, yang melayu ni beli la rumah dua, tiga biji untuk anak2. Mana tahu nanti melayu dah tak layak nak beli rumah lagi.

Takkan nak tunggu menyesal kemudian kot? Bertindak la melayu oiii..

McTheory:
Fikir, fikir dan fikir..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata dulang paku serpih. Pengkhianat bahasa yang melaksanakan PPSMI, meminggirkan bahasa melayu dari persada ilmu..

Tanpa Nama berkata...

Eh PPSMI utk anak bangsa jugak,bukan hapus teroih,habih tu kalau anak hg nak pi negeri Org Putih,awat dia cakap bahasa melayu ka? habaq mai sat,seksa sungguh nak terang kat org yg pemikiran dia masih x milennium,sekarang ni Bahasa Inggeris adalah Lingua Franca,jadi mau x mau kena ikut la,bukan leh pi hantaq surat bantahan ka,buat demo guling2 ka nak habaq kata ambik balik Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca! kalau hang tengok kertas periksa pun,ada dwi bahasa,bukan BI ja memanjang,adei..bangsaku bangsaku,hidup nafsi nafsi