Ahad, 9 Oktober 2011
PANAS! Kenapa Soi Lek Suruh Dap Tanding di kawasan UMNO?
Kenapa agaknya Soi Lek suruh Dap bertanding dikawasan UMNO? Artikel ni sebenarnya dah lama Mc nak komen, tapi tertangguh-tangguh. Hari ni baru dapat luangkan masa untuk mengomen artikel pasal ni.
Ada orang UMNO yang marah benar dengan Soi Lek ni. Jangan marah, kita kena faham, apa yang Soi Lek buat hanyalah untuk menawan hati kaum cina. Sebagai Presiden MCA beliau perlu mengunakan segala cara untuk menambat hati kaum cina kembali. Sebab tu kadang2 dalam isu sensitif pun dia bersuara, kadang2 sampai macam tak kena pada tempatnya.
Soi Lek ni bagus sebenarnya, lagi bagus daripada Guan Eng. Cuma dia ni tersilap langkah apabila ada rakaman XXX dulu tu saja. Kalau tengok dari kerja dan kejujurannya, Soi Lek ni masih boleh di percayai.
Kenapa Soi Lek suruh Dap tanding kawasan UMNO? Kerana dia tahu Dap takkan berani bertanding dikawasan Melayu.
Dap sekarang ni megah dan menganggap diri mereka sebuah parti yang kuat dan MCA takkan mampu mengalahkan mereka. Sebab itu MCA mencabar Dap supaya bertanding di kawasan UMNO jika benar mereka betul2 kuat dan tidak mengamalkan dasar kaum.
Namun beranikah Dap? Atau Dap hanya berani dikawasan cina saja?
Mc berani jamin Dap takkan berani masuk kekawasan Melayu. Jika dia masuk bertanding ke kawasan melayu, Dap boleh balik tanpa wang pertaruhan!
Ramai Melayu yang anti Dap. Luka lama yang dibuat oleh Dap masih lagi terasa pedihnya.
Baik sokong MCA dari sokong Dap!
McTheory:
Siapa yang pernah membunuh bangsa Melayu? MCA atau Dap?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Saudara Mc, cara awak mengulas umpama awak berada di tahun2 awal 80an, 90an dan awal 2000. walau mungkin DAP TIDAK SEBAIK MCA [ Aawak yang cakap ] tetapi bagi senario politk masa kini MCA/BN bukan pilihan yg betul untuk diberi UNDI. Walaupun Pemimpin BN pernah berjasa [ saya ucapkan terima kasih ] namum begitu kesalahannya SUDAH TAK DAPAT megimbangi JASA2 mereka. Mungkin DAP tak akan bertanding kawasan UMNO tapi mahu ke UMNO BERTANDING KAWASAN DAP !!! Cara awak dan CSL Mencadang dan mengulas cukup menampakan MCA/BN TERDESAK......
siapa kata DAP tak berani, dia cuma gunakan dia punya askar je, tak perlu tunjuk muka.
bila menang jadi MB proxy je.
en. zamri...dah fakta la bro mmg DAP tak sebaik MCA....nak spin apa lagi....mmg tidak dinafikan MCA/BN bukan pilihan terbaik tapi mereka jauh lebih baik dari PR.....lgpun dah jadi adat org akan bertanding di kawasan yg mereka fikir mereka kuat....lgpun BN mengamalkan dasar pembahagian kawasan yg dipersetujui mengikut parti komponen...lgpun situasi semasa siapa yg terdesak?...BN atau PR?....fikir guna akal bukan kepala lutut....
Catat Ulasan