Mc malas nak ulas bajet dari Pakatan Haram. Kalau nak tau sila cari sendiri. Namun janji-janji dan bajet yang mereka buat memang sedap mata memandang. Pandangnya memang sedap, namun jika kita gunakan akal, belum tentu janji yang dibuat akan dikotakan.
Mc percaya, jika rakyat benar2 fikir Pakatan akan kotakan janji tersebut, Mc harap fikir dua kali. Mula2 kita tinjau negeri2 Pakatan. Apa jadi dengan negeri di bawah pentadbiran Pakatan? Kedah ok ka? Kelantan? Selangor? yang paling ok ialah Pulau Pinang, tu pun hasil dari pertolongan abang tolong adik (Singapork dan Pulau Pinang).
Bagaimana dengan janji manifesto mereka yang lepas? Apakah sudah dikotakan? Atau hanya batuk dan pusing keliling buat tak tahu.
Salah satu cara Pakatan nak lari dari menkotakan janji manifesto ialah dengan mengunakan ayat, "Kerajaan lama buat hutang banyak, kami bayar hutang, sebab tu tak boleh buat" Mereka selalu menguna pakai ayat tersebut untuk lepaskan diri.
Rakyat tak nak tahu apa kerajaan lama buat, tapi rakyat nak tahu apa kerajaan baru boleh buat? Soal hutang piutang tu tidak pernah di jelaskan semasa melancarkan manifesto. Apa yang rakyat mahu ialah, janji yang dibuat, sila kotakan.
Mereka terabai janji lama, mereka masih berhutang janji dengan rakyat. Lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah. Menaburkan pelbagai janji manis untuk menang. Namun sudah mnasuk tahun ke 3, janji-janji yang belum di tunai, nampaknya sudah tidak ada harapan lagi.
Kini ketua penyamun Pakatan, Anwar Ibrahim, datang dengan janji baru. Menabur janji dengan keyakinan besar dapat memikat hati rakyat.
Benar kata Tun Dr Mahathir, janji yang dibuat dengan mulut dan duit orang, memang senang. Bila bagi dia jaga duit negara, baru dia tahu langit tinggi ke rendah.
Mc percaya, andaikata mereka jadi kerajaan pusat sekalipun mereka akan tetap mengunakan helah yang sama. "Kerajaan dulu hutang banyak, kami tolong selesaikan hutang".
Masalahnya, walaupun BN dikatakan hutang banyak, BN tetap berusaha untuk tunaikan janji yang mereka buat. Kemajuan terhadap negara dan negeri tetap di laksanakan.
Pakatan pula?
Sekadar memalu gong sana sini, bila tiba masanya.. habuk pun tarak.
McTheory:
Dengar nama Anwar Ibrahim, rasa-rasa boleh percaya ke?
1 ulasan:
Assalam Bro
Kalau bagi roket untuk pergi ke bulan dan bintang pun aku tak percaya... Masing2 tengah mabuk nak kan kuasa... Dalam mimpi pun boleh buat bajet...
Catat Ulasan