Sabtu, 15 Oktober 2011

TUDIAA!! Ahli Politik Perempuan Kempen Cara Lucah!


Calon politik di Poland mengambil pendekatan ekstrem tetapi memberahikan dengan menanggalkan bajunya satu per satu dalam sebuah video kempen pilihan raya. Pendekatan wakil SLD, Katarzyna Lenart, 23, berkempen telah mencetuskan kemarahan masyarakat, namun beliau menegaskan bahawa cara itu adalah yang terbaik untuk menarik perhatian pengundi muda.

"Kempen saya mensasarkan golongan muda," ulang Lenart.

"Malangnya, anak-anak muda hanya berminat dengan sesuatu bersifat kontroversi."

Lenart, yang berharap dipilih di Lublin, muncul berpakaian sopan pada permulaan video sebelum bertindak menanggalkan bajunya. Dia kemudiannya membuka ikatan tali coli merah jambunya...sebelum kawasan dadanya ditapis dan tertera perkataan "cencored". Mesej "Want more? Vote SLD. Only we can do more." muncul selepas itu.

Jurucakap SLD menegaskan: "Saya tidak fikir kempen cara itu mempunyai tempat dalam politik berhaluan kiri. Kita perlu mengharamkan iklan bersifat seksis."

McTheory:
kat Malaysia lagi terer, siap promote video main dengan pelacur lagi cara kempen.. hehe..

Tiada ulasan: