Rabu, 12 Oktober 2011
TUDIAA!! CyberTroppers Upahan UMNO Terbongkar??
Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.
Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.
"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.
Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.
"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu - Pejuang Bangsa
Ramai tu 200 orang, tapi selama ni, Mc tak nampak pun 200 orang tu dok bergerak kot mana? Awat tak ajak Mc sekali dalam 200 orang tu? Asyik pakai poket sendiri saja, dah sengkek dah ni.. hehe..
McTheory:
Buat fitnah memang senang, buktinya ada?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
betul ke ada bayaran aku nak juga la.patut la komen aku asik kena buang je kat blog belah sana.
KEHKEHKEH WA PUN DAH SPARUH NYAWE BROO..TP X BLEY LWN BLOGGER PENCACAI YG DPT HABUAN 2 JUTA BROO..HEBATT TUUHHHH HUHUHU
Catat Ulasan