Selasa, 25 Oktober 2011

TUDIAA!! Pas Cemburu DS Najib BERMESRA dengan Komunis!!


Tah apa la masalah dengan si Deris Hitam ni. Tak sudah2 nak pertikaikan MoU UMNO dengan PKC pada tahun 2010 dulu.

Apa sebenarnya yang si Deris ni tak puas hati? Jealous dalam bahasa melayu atau cemburu dalam bahasa englishnya. hehe..

Berapa kali nak terangkan, MoU UMNO dengan PKC adalah perjanjian diantara parti pemerintah China dan parti pemerintah Malaysia. Masing2 boleh bertukar pendapat, tukar pandangan. Sebab PKC punya cara pemerintahan dan layanan mereka terhadap pembangkang kat China sana, boleh tahan kerasnya.

Kalau tak salah Mc, Singapork juga ada MoU dengan PKC. Cuba tengok macam mana PAP mengawal parti pembangkang Singapork? Nak buat demo? Berkumpul lebih 5 orang pun dah kena angkut masuk lokap. Tindakan keras mereka menyebabkan pembangkang tunduk dan tak berani nak bersuara. Nak sentuh isu sensitif? Belum cakap dah masuk ISA kot. he he..


PKC dan PKM bezanya banyak, kalau negara China masih mengamalkan sistem dan ideologi komunis sampai sekarang, rasanya Malaysia takkan bersahabat dengan mereka. Bukan kata Malaysia, dunia pun takkan menjalinkan hubungan dengan negara China.

Tetapi selepas mereka membuka negara mereka dengan dasar2 baru. Barulah negara2 luar datang melabur dan menjalinkan hubungan dengan negara China dan PKC.

Jadi tak salah jika UMNO menjalinkan hubungan dengan PKC. Apa Pas sangat cemburukah bila melihat DS Najib buat MoU PKC?

Atau Pas hanya mahu memainkan isu ini disebabkan mahu tengelamkan isu Mat Indera?

Baru-baru ni DS Najib telah membuat kenyataan, dengan mengatakan pihak Polis ada video bukti pengakuan Mat Indera kepada polis bahawasanya dia adalah pejuang PKM. Malah dia mengaku dia telah membunuh polis-polis dan askar-askar melayu semasa dia menganggotai PKM.

Pengakuannya ini juga di akui oleh kepala perang PKM sendiri iaitu Chin Peng dalam tulisannya yang menyebut, Mat Indera ini seorang pejuang PKM yang gagah berani dan tersohor dikalangan komunis melayu.

Ini berbeza dengan kenyataan Pas dan Mat Sabu yang menyokong Mat Indera dengan mengiktirafnya sebagai pejuang kemerdekaan.

Tuan punya badan mengaku komunis, ketuanya pun setuju bahawa Mat Indera komunis, siapa Pas yang nak mempertikaikan segala fakta dan bukti yang ada?

Apakah Pas lebih komunis dari komunis?

Sebab tu Pas sokong komunis?


McTheory:
Paling penting, rakyat takkan lupa apa yang Mat Sabu cakap mengenai perjuangan Polis di Bukit Kepong, si komunis di angkat, polis terus dihina!!

1 ulasan:

C L J berkata...

Dengan musuh pun orang boleh buat perjanjian damai apa ?? Tapi kalau ikhlas dia buat orang tahu dan tidak menyorok.

Tak ada perjanjian terbuka pun kalau nyata nampak ada kerjasama tu namanya apa ??? Namanya ada persetujuan yang disorok sorok. Apa tuuu ???