Ahad, 24 November 2013
HOT! Tahniah! Misi Selamatkan Mat Sabu Berjaya! #MuktamarPas
Tahniahlah Mat Sabu kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden walaupun ramai diantara ahli Pas yang tak yakin dan percaya bahawa Mat Sabu mampu membawa jawatan timbalan presiden ini dengan baik.
Kalau bukan dengan kuasa parti dan sokongan atasan, Mc percaya Mat Sabu takkan berjaya mengekalkan jawatan Timbalan tersebut. Akar umbi Pas secara terang-terangan menolak Mat Sabu sebagai Timbalan, cuma orang atas yang mengeluarkan senarai nama pilihan untuk menyelamatkan Mat Sabu. Itu katanya arahan dari pihak pucuk pimpinan parti. Kalau tak, depa pun tak hinggin nak letak nama Mat Sabu dalam senarai calon Timbalan Presiden.
Cerita misi menyelamatkan Mat Sabu ni Mc dah pernah cerita kat SINI.
Mat Sabu ni lambang perpaduan diantara Pas, Pkr dan Dap. Sebab dia ni mana-mana pun boleh masuk. Dengan Guan Eng boleh tidor sebantal, dengan Anwar boleh syer sekatil. Atas kepentingan parti dan perpaduan dalam Pas juga yang menyebabkan Mat Sabu harus dikekalkan.
Mana ada pemimpin Pas mampu melakukan apa yang Mat Sabu buat. Kiranya dia ni memang uniklah..
Bab syiah, Mc rasa pembaca blog boleh buat kesimpulan sendiri la. Walaupun Mat Sabu menafikan dia ni syiah, tetapi semasa kempen di Pendang, jelas dan ternyata Mat Sabu meminta sokongan puak syiah untuk kemenangan dia disana. (selamatlah kalah)
Hingga puak Pas yang ASW pun menolak Mat Sabu dan menyokong UMNO di Pendang. Berapa banyak video Mat Sabu puji syiah, malah Mat Sabu secara terang-terangan memuji pemimpin Iran yang berlandaskan syiah dalam hampir setiap ceramahnya.
Itu pun masih nak menafikan bahawa Mat Sabu tu syiah?
Bila dah orang Pas memilih Timbalan Presiden mereka pro syiah, rasanya pembaca pun tahu, Pas kini didalangi dan dikuasai oleh golongan yang macam mana betui?
P/s: manusia macam Mat Sabu diangkat jadi Timbalan parti yang kononnya Islam? he he he..
McTheory:
Ulamak dalam Pas dah jadi apa? Tunggui?
Isnin, 11 November 2013
INFO! Mat Sabu Boneka Dap Dalam Pas!
Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.
Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.
Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.
Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.
Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.
Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu, ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.
Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan. Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.
Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang, Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.
Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang, Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.
Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang. Atas alasan itu, peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.
Namun begitu, dalam banyak-banyak ‘dosa’ yang dilakukan oleh Mat Sabu, penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.
Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas, namun ramai yang menyifatkan ‘pemberian’ jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas.
Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum, PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf. Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.
Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka, Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.
Khamis, 17 Oktober 2013
HOT! Mat Sabu dah murtad?
Mc dapat sekeping gambar Mat Sabu sedang baca khutbah Raya. Tertanya-tanya juga Mc masjid mana si Mat Sabu ni baca khutbah, masjid kat Pendang ke, atau kat Satun, Thailand. Sebab hanya dua kawasan tersebut yang mempunyai kelompok syiah yang agak besar.
Tapi mengikut sumber dari kawan, katanya bukan ditempat yang Mc nyatakan tu. Habis tu.. dimana agaknya Mat Sabu ni baca khutbah. Ada orang beritahu, kononnya di Selangor. he he.. kalau Selangor maknanya Mat Sabu ni dah murtad la.
Mat Sabu murtad apa? Murtad syiah laa.. he he he.. Sebab dia baca khutbah untuk ahlus sunnah, maknanya dia bersama kita sekarang ni, bukan bersama syiah lagi.
Mc berdekah-dekah ketawa bila dengar kata-kata kawan yang Mat Sabu ni murtad syiah..
Malah Mat Sabu pun pernah akui, dulu orang kata dia komunis, lepas tu orang kata dia syiah. Masalahnya bukan orang UMNO saja yang kata dia komunis dan syiah. Orang Pas pun kata jugak, sebab memang itulah Mat Sabu.
Tapi sejak pemilihan dalam Pas ni.. nampaknya Mat Sabu dah berubah. Siap boleh baca khutbah tu.. kira ok laa.. he he he..
Untuk kuasa.. syiah pun Mat Sabu sanggup murtadkan tau.
McTheory:
Sabu ohh Sabu.. kelakar la hang ni..
Isnin, 30 September 2013
HOT! Kempen Pas Paling Teruk Dalam Sejarah! - Mat Sabu
Memetik wawancara yang dibuat oleh The Malaysian Insider bersama Mohamad Sabu yang mahu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas.
“Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.
“Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti,” katanya.
Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin Pas bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.
“Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” katanya.
Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri.
“Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya,” katanya.
Mat Sabu berkata, ketika beliau dalam Pemuda Pas dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang.
“Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno,” katanya.
Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain.
“Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan,” katanya.
Isnin, 1 Julai 2013
PANASS! Mat Sabu Bersama Pemimpin Syiah Hina Nabi?
Khomeini- Az-Zindiq berkata:
فكل نبي من الأنبياء إنما جاء لإقامة العدل وكان هدفه هو تطبيقه في العالم لكنه لم ينجح، وحتى خاتم الأنبياء صلى الله عليه وآله وسلم الذي كان قد جاء لإصلاح البشر وتهذيبهم وتطبيق العدالة فإنه هو أيضاً لم يوفَّق، وإن من سينجح بكل معنى الكلمة ويطبق العدالة في جميع أرجاء العالم هو المهدي المنتظر "
Maka setiap Nabi dari nabi-nabi yang ada, sesungguhnya datang untuk menegakkan keadilan, dan tujuannya adalah menerapkannya di seluruh dunia. AKAN TETAPI MEREKA TIDAK BERHASIL, BAHKAN SAMPAI PENUTUP PARA NABI (yakni Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam) yang datang untuk memperbaiki keadaan manusia dan membimbing mereka serta menerapkan keadilan juga TIDAK DIBERIKAN TAUFIQ. Dan sesungguhnya orang yang akan berhasil dengan segala makna kalimat dan menerapkan keadilan diseluruh penjuru dunia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar" [Mukhtarat Min Ahadits Wa Khithabat Al-Imam Al-Khomeini 2/42]
Khomeini Berkata :
نحن أسود السنة لكشف حقائق الشيعة:
Para Nabi عليهم الصلاة والسلام Telah Gagal !!
Inilah orang yang Mat Sabu kagum
Mat Sabu dikatakan masih cuba menafikan ... bertaqiyah pada Nik Aziz bila ditanya akan pemahaman syiahhnya. Kali ini tak terselindung lagi apabila Mat Sabu menyokong orang syiah bunuh orang sunni di Syria. Dia boleh terima Islam bunuh Islam atau dia anggap sunni bukan Islam?
Syiah sesat dan Mat Sabu bukan berjuang untuk Islam
The Unspinners
Ahad, 23 Jun 2013
TUDIAA!! Cerita Menarik Mat Sabu Tentang Persempadanan dan Peralihan Pengundi! #Black505
![]() |
| Bang Mat.. ahli politik terbaik sepanjang zaman.. ahakss? |
Mc walaupun benci Mat Sabu, tapi Mc suka dengar ceramah dia. Sebab Mc anggap apa yang Mat Sabu cakap tu macam hiburan dan cerita penglipurlara. Ketika dia kutuk UMNO pu,n Mc boleh ketawa sebab gelagat dan perangai bodoh badut dia tu kelakar.
Mat Sabu sentuh isu persempadanan semula. Nampak sangat dia menipu. Bang Mat menipu pun, yang kat bawah tu masih lagi dok ketawa! Bodoh betui! Kali terakhir melakukan persempadanan semula ialah waktu tahun 2004. Waktu tu, kaum cina bersama kita, kalau kita ubah sempadan, sudah tentu kita letak kaum cina ramai dikawasan BN, sebab kita ingat depa nak undi kita.
Tapi perkara tersebut tak berlaku. PRU ke 13 ni, UMNO/BN menang bukan sebab undi cina, tapi undi kaum lain selain cina. Ini bermakna, majoriti cina tolak BN pun kita takkan tumbang. Ini bermakna, kaum cina bukanlah penting sangat punnn.. he he..
Tapi bukan itu yang kita nak bincangkan, Mc nak sentuh sikit bab persempadanan dan peralihan pengundi.
SPR memang ada buat persempadanan, untuk mengalih kawasan pengundi yang padat ke tempat kurang padat, atau atau sebab-sebab lain. Itu SPR punya hal, Mc tak masuk campur.
Tapi apa yang Mc nak ceritakan kat sini ialah, tentang Dap yang banyak melakukan peralihan pengundi ke kawasan yang mereka target untuk menang. Sebab tu pengundi kaum cina dikawasan Dap semakin bertambah, malah ada tempat Dap yang majoritinya lebih 20ribu dari PRU yang lepas.
Macam mana boleh jadi macam tu?
Apakah disebabkan persempadanan?
Takk, itulah hasil peralihan pengundi yang dilakukan Dap, selama beberapa tahun lepas, Dap telah membawa pengundi Pulau Pinang ke Johor, maknanya, Lim Kit Sial bertanding di Gelang Patah tu, sememangnya telah lama dirancang. Salah satu cara Dap meceroboh kubu BN di Johor.
Cuba check balik, berapa banyak perumahan baru di Gelang Patah, Skudai dan Johor Bahru, siapa pemilik rumah tersebut? Melayu? Tak mungkin, sebab perumahan dikawasan tersebut agak mahal, jadi siapa yang beli? heh..
Itu satu cara mudah untuk membawa pengundi luar masuk ke kawasan tertentu.
Dap dan Pas dah mula mengalih pengundi, kita buat apa? Masih dok berebut jawatan dalam UMNO? Masih nak ganti PM baru? Masih nak terhegeh-hegeh salahkan orang tu, salahkan orang ini?
Kalau kita masih lagi dok tuding jari sana-sini, sampai PRU ke 14 nanti, bersedialah BN jadi pembangkang buat kali pertama!!
Bab peralihan pengundi, nanti bila-bila Mc akan cerita lain.. itu longg longg story tuuu.. he he
McTheory:
Orang sibuk nak menang PRU 14, orang UMNO sibuk nak cari duit poket sendiri!!
Jumaat, 31 Mei 2013
TUDIAA!! Mat Sabu Mengaku Kalah dan Salah? #TolakPR
Dah lama Mc tak buka harakahdaily, portal pemfitnah tegar puak Pas. Kemudian Mc terbaca satu topic yang sangat menarik perhatian. 'Punca Kekalahan Pas di PRU 13'. Mc pun kliklah dengan harapan ada detail dan kajian tentang kekalahan Pas.
Tapi akhirnya ini yang muncul...
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.
Sebab-sebab itu adalah:
1. Media yang tidak adil.
2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.
3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.
4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.
5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.
6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.
7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).
8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.
Kah kah kah... ishh ishhh..
Buang masa Mc baca, Mat Sabu masih tak berubah, masih tak mengaku kesalahannya.. Pas kalah puncanya bukan sebab diantara, tetapi Pas kalah sebab umat Islam atas pagar menolak Pas habis-habisan.
Dari isu Kalimah Allah, Bible Melayu, masalah sosial, hudud dan negara kebajikan, semuanya Pas di tolak teruss.
Di Pendang pula Mat Sabu kalah sebab umat Islam di Pendang, tak kira UMNO atau Pas menolak Mat Sabu bulat-bulat!
Hinggakan ada ahli Pas yang 'Takbir' bila tahu Mat Sabu kalahh.. soo syiah diTOLAK dimuka bumi Kedah.
He he he.. sian Abang Mat.. kalah tu kalah la.. jangan meroyan tak sudahh.. he he
McTheory:
Mengakulah kalah sebab jadi keldai Dap lagi senang.. ha ha ha..
Sabtu, 11 Mei 2013
TUDIAA!! Mat Sabu Kata BN Main Tipu Untuk Kalahkan dia? #TolakPR
Akhirnya Mat Sabu bersuara juga. Sebenarnya dah lama Mc tunggu Mat Sabu nak bersuara ni, almaklumlah, sejak dari bubar parlimen hinggalah hari berkempen, Mat Sabu diantara orang yang tak banyak bunyi, diam saja.
Tapi bila kalah, akhirnya dengar juga suara Mat Sabu ya.. he he.. kita baca apa yang Mat Sabu merepek tentang kekalahan dia tu.
Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai. "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," katanya.
Ekoran itu, Timbalan Presiden Pas tersebut yakin stategi jahat digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.
"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.
Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.
Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.
Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini. Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.
Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.
Bagi penganalisis politik negeri Kedah, sudah tentu tak setuju dengan Mat Sabu, sebab kawasan Sungai Tiang, yang diyakini kawasan siam dan tegar BN.
Bila orang dengar Mat Sabu nak jadi ahli parlimen Pendang, sudah tentu ramai orang Melayu Islam dan siam akan menolak Mat Sabu.
Gila!! Kalau nak dibandingkan, Mat Sabu dengan Othman Abdul, jauhnya umpama langit dan bumi. Hanya orang yang tak betul otak saja yang akan undi Mat Sabu.
Sudah la Mat Sabu mempunyai track record jadi Ahli Parlimen yang sangat buruk, tak pernah turun padang pun. Dia juga diantara penyokong syiah di Malaysia, rasa-rasa rakyat Pendang nak ke ambil Mat Sabu ni jadi Ahli Parlimen mereka?
he he he.. sendiri mau ingat laa..
McTheory:
Bukan kaum siam saja tolak Mat Sabu, semua kaum pun taknak dia.. hahaha..
Isnin, 8 April 2013
KASI PANAS!! Bila Pas Angkat Penzina Tegar Jadi Timbalan Presiden Pas! #TolakPAS
Ha ha ha.. kes 'kaunseling' Mat Sabu bini orang dulu pun tak settle lagi. Tu pun Pas angkat jadi Timbalan Presiden. Kambing betui!! ha ha ha..
Selasa, 19 Mac 2013
PANASS!! Mat Sabu Confirm Jadi Calon Pas Pendang! #TukarKedah
Ini info paling terbaru yang Mc terima dari skuad risikan TMK. Kami TMK risik sendirilah dah takdak sapa nak bantu. Mat Sabu kini dah bersedia untuk bertapak di Pendang. Hinggakan baru-baru ini Mat Sabu telah menyewa sebuah rumah di Pendang. Malah dah pun melakukan kenduri kecil untuk masuk rumah baru.
Apa maknanya tu? Bukankah itu mengambarkan Mat Sabu ni mahu menetap di Pendang. Kenapa Pendang? Takdak tempat lain ka, kalau nak pindah? Dah tentulah dia dah bersedia untuk menjadi calon Pas untuk parlimen Pendang.
Mat Sabu pilih Pendang, kerana Pendang mempunyai ramai pengikut Syiah. Disebabkan itu, Mat Sabu mahu pengikut syiah tersebut mengundinya menjadi ahli parlimen. Andaikata Mat Sabu jadi ahli parlimen, sudah tentu parlimen Pendang akan dinaik taraf menjadi parlimen syiah yang rasmi.
Lepas tu, pengikut syiah yang berada di Malaysia tak perlu ke Satun Thailand lagi untuk berjumpa dengan pengikut syiah ni, sebab Pendang dah ada di Malaysia untuk menjadi tempat penyebaran syiah terbaru kelak.
Kalau nak Pendang jadi macam tu, silalah undi Mat Sabu ya!
Lagi satu, jika Mat Sabu jadi calon ahli parlimen Pendang, bagaimana dengan calon Pas anak tempatan Pendang? Terimakah? Takkan nak tengok saja? Dulu berkobar-kobar menentang, kali ni? Diam pulak apahal? Mulut dah kena sumbat duit kaa? he he..
McTheory:
Syiah adalah sesat, kerana ia menghalalkan darah umat Islam yang lain..
Khamis, 14 Februari 2013
PANASS!! Mat Sabu Cuba UGUT Rakyat Malaysia?
Sudah jelas, Pakatan Haram melalui kenyataan Mat Sabu Komunis telah menunjukan Pakatan Haram mempunyai niat ingin menjadikan Malaysia huru hara seperti mana " Arab Spring " sekiranya Pakatan Haram tewas dalam PRU 13 ini.
" Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat ".- Mat SabuPastinya kekalahan Pakatan Haram di PRU 13 ini akan dijadikan alasan bahawa pilihan raya umum tidak telus, dan mereka mengunakan alasan tersebut, untuk mereka menghuru harakan Malaysia.
Kita sudah diberi contoh seperti mana demo bersih 3.0, mereka menghuru-harakan keadaan dan berperang dengan polis.
Mereka ini tidak kisah negara kacau bilau, kerana bagi mereka, kuasa lebih penting. Malah sekarang ni mereka mula mengugut rakyat Malaysia untuk berkuasa. - Media Kedah
McTheory:
Diam bukan bererti takut, cuba malas nak layan.
Khamis, 10 Januari 2013
PANASS!! Pekung Busuk Mat Sabu Di Dedahkan Lagi!!
Ingatkan bila dah jadi wakil rakyat, perkara pertama yang dia nak buat adalah bantu rakyat, tapi lain pulak jadinya, Mat Sabu melantak dulu habuan untuk dirinya.
Dalam masa tempoh 4 bulan saja, Mat Sabu dah boleh pakai kereta CRV masa tu bernilai seratus ribu lebih. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Cikgu Non yang ketika itu bersama Mat Sabu dalam Pas.
Dulu sebelum jadi wakil rakyat sanggup pakai teksi semata mata nak tarik pengundi..Tapi bila dah jadi wakil rakyat terus naik kereta mewah.
Itulah lakonan politik meraih simpati rakyat untuk mengundi mereka.
McTheory:
Kan dah terselak kemaluan Mat Sabu tu!! he he
Rabu, 2 Januari 2013
TERPANASS!!! Pengikut Tegar Mat Sabu UGUT Pas Kedah Kalau Tolak Mat Sabu di Pendang!! #TukarKedah
Hebat juga pengaruh Mat Sabu di Kedah sehingga ada yang sanggup ugut pemimpin Pas jika Mat Sabu tak dicalonkan di Pendang maka Pas akan kalah di beberapa kawasan di Kedah dimana sekarang ini dimiliki oleh pemimpin pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan negeri..
Tak cukup dengan itu, mereka juga akan mengistihar keluar dari Pas semata mata mahu melihat Pas kalah di Kedah..
Inilah permainan baru Mat Sabu di Kedah dengan mengarahkan pengikut tegarnya membuat kacau akibat dari tindakkan Azizan Razak baru baru ini tekad mahu bertanding dan mempertahankan kubu kuat beliau yang sekarang ini dirosakkan oleh salah seorang pengikut Mat Sabu di Kedah..
Mungkin Mat Sabu sudah nampak percaturan politik Azizan dalam hal ini, dan tak mustahil Azizan akan mengunakan seluruh kudrat yang ada untuk memastikan puak berhaluan kiri tidak merosakkan Pas.
Atas sebab itu pengikut pengikut Mat Sabu terpaksa mengunakkan taktik UGUT bagi memastikan Mat Sabu terus dicalonkan di Pendang satu kawasan golongan syiah sedang berkembang..
Yang penting bagi rakyat Kedah, kita sama sama tolak pakatan rakyat dari mentadbir negeri Kedah yang tercinta ini..Kepada Umno dan BN kita pastikan Pas kedah dan parti lain dalam PR kalah teruk kali ni.
sumber Medan Tempur
Isnin, 17 Disember 2012
TUDIAA!! Mat Sabu Kata Kaum Melayu dan India Bodoh Sebab Tak Sokong Pakatan!!
Dalam ceramah Mat Sabu kat Taman Ria, Sungai Petani baru-baru ini. Mat Sabu telah menghina kaum Melayu dan India, katanya Melayu dan India ni satu adat. Kiranya lekeh la berbanding dengan kaum cina. Sebab tu la Melayu dan India ni masih menyokong BN.
Apa yang Mat Sabu nak sampaikan disini adalah, kaum cina ni cerdik sebab undi Pakatan, tetapi kaum Melayu dan india ni tak cerdik, sebab tu masih memberi undi kepada BN.
Setahu Mc, melayu yang tak cerdik ni, melayu Pas dan Pkr, sebab masih lagi menyokong Pakatan yang terang-terang menafikan hak Islam dan Melayu. Jadi hanya melayu yang kurang cerdik saja nak sokong Pakatan.
Bagi Kaum India pula, dah berapa kali kena tipu dengan Anwar, kalau masih menyokong Pakatan juga, Mc taktau la nak cakap. Kes Kampung Buah Pala pun belum selesai lagi, kampung tu pun dah jadi sejarah. Takkan nak la nak percaya lagi??
McTheory:
Senang cakap, yang bodoh dan kurang cerdik ni dalam Pakatan saja..
Jumaat, 16 November 2012
KASI PANASS!! Ahli Pas Peleceh Nik Aziz Dewa dan Mat Sabu kaki Khalwat!
Ha ha ha.. Mc tak payah komen banyak-banyak la kot. Cukup la dengar apa si Profesor ni katakan. Memang terbaik la.. adehh sedap abe sedap abe.. kah kah kah.. Pas dah takdak kepimpinan Ulamak, yang tinggal ularmak dan fullamak saja la. kah kah kah..
GEMPAR!! Mat Sabu Presiden Baru PAS!!
Tika ini, Muktamar Dewan Pemuda PAS yang ke 53 dan Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke 52 sedang berlangsung di Kota Bharu sehingga 15 November 2012. Ia kemudiannya akan diikuti dengan Muktamar Tahunan PAS ke 58 yang akan bermula 16 hingga 18 November 2012 di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tumpuan utama muktamar PAS ini mungkin sahaja berlegar pada persediaan PAS sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) memandangkan sudah keluar arahan rasmi pimpinan tertinggi parti yang mahukan ahli dan pewakilan PAS dari seluruh negara hanya memfokuskan perkara tersebut.
Namun kekecohan isu akidah & kebebasan agama untuk orang Melayu Islam yang membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dijangkakan akan turut mewarnai persidangan ini.
Ringkasnya muktamar PAS kali ini sememangnya agak dinantikan ramai, jika tidak kena gayanya ia akan menjadi yang terhangat dan paling panas.
Selain isu Nurul Izzah dan fahaman liberalnya, isu hudud serta peranan PAS dalam PR yang semakin mengecil, pemerhati politk menjangkakan peningkatan imej Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang semakin membayangi ketokohan Hadi Awang sebagai Presiden juga akan menarik perhatian ahli dan perwakilan PAS.
Suara-suara kebimbangan dari para pewakilan dan pemimpin PAS tentang kemungkinan muktamar PAS ke 58 ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mat Sabu untuk melebarkan pengaruh Syiah dan memperkuatkan penguasaannya dalam parti juga sudah mula kedengaran.
Kebimbangan mereka ada asasnya, sementelah lagi cengkaman kuasa Hadi dalam PAS semakin longgar selepas beberapa pemimpin kanan PAS dari kumpulan Kerajaan Perpaduan (UG) yang rapat dengan Hadi tewas satu demi satu hasil permainan politik kumpulan Anwarinas.
Dengan kerjasama dan dokongan sebahagian besar AJK PAS Pusat yang tika ini terdiri daripada geng Anwarinas, ada kemungkinan pada tahun depan pertembungan antara Hadi dengan Mat Sabu tidak dapat dielakkan lagi.
Namun sebelum itu, orang kepercayaan Hadi iaitu Mustapha Ali yang sekarang diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung PAS bakal diterajang terlebih dahulu oleh kumpulan Anwarinas dan penyokong Mat Sabu.
Video seks Mustapha Ali yang berasmaradana dengan beberapa orang GRO khabarnya sudah berada dalam tangan kumpulan Anwarinas dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mendedahkannya kepada umum bagi membunuh imej politik orang kanan Presiden PAS itu.
Selepas itu, ayam tambatan Anwar Ibrahim dalam PAS, yakni Kamaruddin Jaafar bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung.
Jika segalanya berjalan seperti dirancangkan, besar kemungkinan mudah untuk Hadi terpelanting dari jawatan Presiden dan nasibnya mungkin sama buruk seperti pernah dialami Allahyarham Asri Muda.
Tidak dapat tidak, PRU 13 kelak bakal ternoktah sebagai pilihanraya terakhir untuk Hadi dan mungkin merintis kepada kejatuhan besar-besaran pengaruh PAS dalam arena politik tanahair.
Isnin, 29 Oktober 2012
TUDIAA!! Video Mat Sabu Jumpa Menteri SYIAH di Syria!
Mc pelik kenapa Mat sabu sanggup jumpa menteri Agama Syria yang berfahaman Syiah? Nak tanya apa? Sudah pastilah berita yang disampaikan kepada Mat Sabu itu akan lebih menunjukkan pejuang syiah baik.
Apa bodohnya Mat Sabu perlu berjumpa dengan Menteri syiah Syria untuk mendapatkan penjelasan? Sedangkan di dalam internet terdapat puluhan youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam sunah. Apakah Mat Sabu menganggap itu palsu?
Apakah Mat Sabu tak baca laporan Human Right Watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera syria terhadap penduduk sunah? atau Mat Sabu tak kisah pun orang sunah dibunuh?
Mana ada menteri dari Malaysia yang berani bertindak seperti mana Mat Sabu. Ini menunjukkan betapa Mat Sabu menyokong kerajaan negara pendokong syiah tu. Sanggup ke sana untuk bertanya kabar.
Sudahla dalam ceramah Mat Sabu, dia asyik-asyik memberi contoh pimpinan negara Iran yang kita ketahui sememangnya pro syiah, kini Mat Sabu melawat pula. Sudah jelas lagi bersuluh, Mat Sabu memang orang syiah.
Kini terbukti Mat Sabu syiah, dimana suara Dewan Ulamak Pas? Kenapa diam saja? Takdak sapa nak tentang Mat Sabu ke?
Haprak sungguh puak Pas ni.. lemah tenaga batin sungguh!
McTheory:
Takkan la sampai dah tau syiah pun, masih ada yang nak berdiam diri?
Ahad, 14 Oktober 2012
GEMPAR!! Mat Sabu Sanggup Makan Babi Dari Berkawan Dengan UMNO?
Muslimin apakah manusia ini bila sanggup makan babi dari bersaudara sesama Islam yang lain?
Tapi orang Syiah memang macam tu, tak hairan la..
Rabu, 10 Oktober 2012
PANASS!! Phahrolrazi Ajak Mat Sabu Bunuh Diri Sesama Di Kedah!! #TukarKedah
Mc tak nafikan, Mat Sabu ni mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ahli Pas yang menyokong ajaran syiah. Namun lebih ramai ahli Pas yang tidak mahu Mat Sabu datang ke Kedah, lebih-lebih lagi Pendang.
Kenapa Mc kata begitu? Ketika Mat Sabu berceramah di Pendang, dan orang-orangnya berkempen untuk kukuhkan tapak Mat Sabu di Pendang. Tersebar risalah anti-syiah dan anti Mat Sabu. Seperti digambar di bawah.
Tidak cukup dengan risalah di kampung, surau, masjid dan kaki lima. Ahli Pas Pendang membuat surat terbuka kepada Pas negeri dan Pas pusat untuk mempertimbangkan hasrat untuk meletak Mat Sabu sebagai calon di Pendang. Seperti dibawah, surat terbuka itu, tersebar dimerata pelusuk alam maya. Di mana penyokong dan ahli Pas yang menentang Mat Sabu, menyebarkan surat tersebut dengan meluas.
![]() |
| komen dari penyokong pas pada 28 julai yang lalu |
Atas sebab demikian, Mc tabik spring kepada Phahrolrazi, yang berani mengeluarkan kenyataan se'umpama' menyokong Mat Sabu untuk bertanding di Kedah.
Phahrolrazi sendiri pun masih terumbang-ambing di Kuala Kedah. Masih lagi bergelut sesama sendiri, hingga melarikan diri untuk menetap di Kuala Lumpur, namun dalam masa yang sama berani untuk menyatakan sokongan pada Mat Sabu.
Mungkin Phahrol fikir, dia boleh menumpang populariti Mat Sabu. Jika itu yang Phahrol fikirkan, sememangnya dia silap. Rakyat Kedah menolak Mat Sabu disebabkan Mat Sabu tu syiah, yang keduanya, Mat Sabu ni cakap saja pandai, kerja haram tak buat. YB Pas kat Kedah pun dah banyak macam tu, tak payah nak tambah lagi.
Tapi Mc sebagai penyokong UMNO/BN mengalu-alukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Lebih-lebih lagi Pendang. Tak perlu UMNO Pendang nak bersusah payah nak 'tarnish' imej calon parlimen Pas Pendang nanti, sebabnya akan ada orang Pas sendiri yang akan tolak calon Pas sendiri. he he.. kan senang tu..
Dah la imej Phahrolrazi kat Kedah ni dah memang teruk. Tambah pula bergabung dengan Mat Sabu.. memang buruk habis la imej dua ekor ni nanti.
Rasa-rasanya la, Azizan Razak nak tengok saja ka, dua orang musuhnya ni berdrama dalam negeri Kedah? he he he.. confirm dia kerat habis laa.. confirm!!
P/s: Memang sahih la Phahrol dan Mat Sabu, nak bunuh diri..
McTheory:
Syok bila tengok Pas dok kerat Pas ni.. macam drama bersiri pulak.. heh..
Selasa, 9 Oktober 2012
PANASS!! Mat Sabu Di PUKUL Mamak Nasi Kandar?? Serius ni!!
Dari sumber maklumat dari sahabat blogger di Pulau Pinang, Mat Sabu telah di serang ketika sedang makan di kedai Rahim Nasi Dalca yang terletak di Lebuh Queen.
Di fahamkan Mat Sabu di serang akibat cuba menunjuk hero meleraikan perbalahan di antara perniaga-perniaga dengan kakitangan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Cerita selanjutnya sila klik di sini
Nak jadi hero punya pasal, last sekali dia yang kena pukul.. ha ha ha..
McTheory:
Muka memang patut kena pukul pun!! hehe..














.jpg)
.jpg)
.jpg)








