Memaparkan catatan dengan label phahrolrazi busuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label phahrolrazi busuk. Papar semua catatan
Isnin, 1 Julai 2013
PANASS! Phahrolrazi dah Atur Plan Untuk Gulingkan Mahfuz Omar! #HanyaDiKedah
Dok kata dah, puak Phahrolrazi dan Dr Ismail takkan dok diam bila Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Mula-mula memang depa diam, hanya protes tak puas hati, letak jawatan dan merajuk.
Kemudian depa jolok blogger pro UMNO macam kami ni hentam Mahfuz dengan mainkan isu akademik. Kami sedar, sebab tu kami tak layan sangat, bagi kami Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah pun dah macam bonus.
Kemudian bila semua dah ikut plan, depa buat pula himpunan Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil Noor. Kononnya nak bincang hala tuju Pas, mengikut pemikiran Ustaz Fadhil. Sapa yang taktau, ingat niat depa tu betul la sangat. Rupanya ada udang disebalik batu, niat nak jadi Pesuruhjaya Pas Kedah tak pernah terpadam.
Kalau ikut pemikiran Ustaz Fadhil, sudah tentu kepimpinan Ulamak yang dibawa. Pas zaman lani, mana ada kepimpinan Ulamak lagi, Hadi Awang pun dah jadi Alamak dari Ulamak. Dewan Ulamak Pas pun dah tak dipandang, pimpinan Pas lebih patuh pada Dap dari Dewan Ulamak.
Jadi Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil tu, menjadi medan untuk menghentam Mahfuz yang baru saja naik jadi Pesuruhjaya, kononnya Mahfuz tu bukan Ulamak, jadi tak layak untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah.
Nampak tak permainan yang cuba dibawa oleh Phahrol dan orangnya.
Sebab tu Mc kata si Phahrol ni otaknya bijak, jahat dan licik. Kalau dia naik jadi Pesuruhjaya memang susah sikit kami nak lawan, tapi kalau Mahfuz, bola tanggung banyak, dia senyum pun kami boleh tibai!
Kalau ada orang kata perbalahan dalaman Pas Kedah dah selesai bila Pas kalah, nampak sangat orang tu taktau apa sebenarnya yang terjadi dalam Pas Kedah lani. Semua perbalahan hanya boleh selesai bila Phahrol naik jadi Pesuruhjaya dan Dr Ismail jadi Timbalan. Tu pun kalau orang Ustaz Azizan nak biar la.
Kalau tak biar, nampaknya perbalahan ni akan kekal sampailah PRU ke 14.
Kalau kekal sampai PRU ke 14 lagi bagus, senang sikit kerja kami! he he he..
McTheory:
Lanie kita tengok drama yang depa mainkan dulu..
Khamis, 16 Mei 2013
PANASS!! Phahrolrazi Letak Jawatan Kerana Merajuk! #HanyaDiKedah
| Gambar semasa ditemubual semalam.. |
Semalam semasa perlatikan watikah untuk Exco baru negeri Kedah Mc ada terjumpa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.
Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi. Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.
"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini .
Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III. Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie.
Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain.
Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri. Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah. "Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.
Tapi secara jujur Mc nampak beliau berkecil hati dan merajuk dengan tindakan Pas Pusat melantik Mahfuz Omar, dan bukan beliau. Namun dari segi politik, tindakan Pas Pusat adalah tepat. Kalau Phahrolrazi dilantik, sudah tentu beliau akan membalas dendam keatas musuh politiknya dalam Pas. Malah manusia yang amat bernafsu untuk berkuasa ni perlu dikekang, (sama macam Anwar) untuk mengelakan perkara buruk bakal terjadi.
McTheory:
Terlalu ghairah untuk berkuasa, membuatkan seseorang lupa diri..
Khamis, 21 Mac 2013
TUDIAA!! Kisah Disebalik Phahrolrazi Kena 'Culik' Dengan Orang Azizan! #TukarKedah
Sebelum ni Mc pernah cerita pasal Phahrol, exco derhaka yang telah diculik oleh orang Ustaz Azizan. Rupa-rupanya Phahrol bukanlah diculik seperti yang didakwa, tapi lebih kepada dikurung!
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ‘terkunci’ di dalam perkarangan sebuah sekolah agama selama dua jam untuk menghalang beliau daripada berucap pada satu ceramah.
Phahrolrazi berkata, beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak apabila pengetua Sekolah Agama Nahdah Bukit Besar menghubunginya untuk berhenti di sekolah tersebut.
“Sebaik saja kereta saya memasuki perkarangan sekolah, mereka mengunci pagar dan saya sedar bahawa saya tidak dapat keluar,” katanya.
Beliau kemudiannya menuju ke kantin sekolah di mana pengetua sekolah Ustaz Nasir Othman cuba menghalangnya daripada meneruskan ceramah.
Ustaz Nasir merupakan ahli jawatan PAS bahagian Jerai di mana Azizan adalah pengerusinya.
“Dia mendakwa terdapat kumpulan pesaing di tempat ceramah dan oleh itu dia tidak mahu sesiapa saja melakukan sesuatu kepada saya. Saya cuba untuk meninggalkannya beberapa kali tetapi dia memberitahu saya supaya jangan pergi dan dia berbuat demikian kerana ingin melindungi saya. Dia amat mesra tetapi persoalannya adalah saya dihalang keluar sehingga dua jam kemudian,” katanya.
Apabila Phahrolrazi menghubungi penganjur ceramah mengenai masalahnya dan mereka menghantar empat wakil ke sekolah tersebut untuk berbincang dengan Ustaz Nasir tetapi dia enggan membuka pintu pagar tersebut.
Beberapa penyokong Phahrolrazi mendakwa beliau diculik tetapi beliau menegaskan ia mungkin ‘amaran mesra’ untuk menghalangnya daripada memasuki kawasan Menteri Besar itu.
Penyokong Phahrolrazi berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai insiden itu.
Ceramah itu akhirnya dibatalkan kerana Phahrolrazi tidak hadir.
“MB merupakan pengerusi PAS bahagian Jerai tetapi saya adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Sesungguhnya saya bebas untuk berucap dalam mana-mana ceramah. Saya tidak menyalahkan Ustaz Nasir, saya percaya dia takut dengan bosnya,” kata Phahrolrazi.
SUMBER
Rabu, 10 Oktober 2012
PANASS!! Phahrolrazi Ajak Mat Sabu Bunuh Diri Sesama Di Kedah!! #TukarKedah
Berani Phahrolrazi mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengalukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Memang dahulu, Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen Kuala Kedah pada satu penggal, namun selepas itu beliau lari ke Kelantan apabila rakyat Kuala Kedah menolaknya. Kuala Kedah tolak Mat Sabu, sebab beliau hanya pandai cakap, tapi kerja tak buat pun.
Mc tak nafikan, Mat Sabu ni mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ahli Pas yang menyokong ajaran syiah. Namun lebih ramai ahli Pas yang tidak mahu Mat Sabu datang ke Kedah, lebih-lebih lagi Pendang.
Kenapa Mc kata begitu? Ketika Mat Sabu berceramah di Pendang, dan orang-orangnya berkempen untuk kukuhkan tapak Mat Sabu di Pendang. Tersebar risalah anti-syiah dan anti Mat Sabu. Seperti digambar di bawah.
Tidak cukup dengan risalah di kampung, surau, masjid dan kaki lima. Ahli Pas Pendang membuat surat terbuka kepada Pas negeri dan Pas pusat untuk mempertimbangkan hasrat untuk meletak Mat Sabu sebagai calon di Pendang. Seperti dibawah, surat terbuka itu, tersebar dimerata pelusuk alam maya. Di mana penyokong dan ahli Pas yang menentang Mat Sabu, menyebarkan surat tersebut dengan meluas.
Atas sebab demikian, Mc tabik spring kepada Phahrolrazi, yang berani mengeluarkan kenyataan se'umpama' menyokong Mat Sabu untuk bertanding di Kedah.
Phahrolrazi sendiri pun masih terumbang-ambing di Kuala Kedah. Masih lagi bergelut sesama sendiri, hingga melarikan diri untuk menetap di Kuala Lumpur, namun dalam masa yang sama berani untuk menyatakan sokongan pada Mat Sabu.
Mungkin Phahrol fikir, dia boleh menumpang populariti Mat Sabu. Jika itu yang Phahrol fikirkan, sememangnya dia silap. Rakyat Kedah menolak Mat Sabu disebabkan Mat Sabu tu syiah, yang keduanya, Mat Sabu ni cakap saja pandai, kerja haram tak buat. YB Pas kat Kedah pun dah banyak macam tu, tak payah nak tambah lagi.
Tapi Mc sebagai penyokong UMNO/BN mengalu-alukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Lebih-lebih lagi Pendang. Tak perlu UMNO Pendang nak bersusah payah nak 'tarnish' imej calon parlimen Pas Pendang nanti, sebabnya akan ada orang Pas sendiri yang akan tolak calon Pas sendiri. he he.. kan senang tu..
Dah la imej Phahrolrazi kat Kedah ni dah memang teruk. Tambah pula bergabung dengan Mat Sabu.. memang buruk habis la imej dua ekor ni nanti.
Rasa-rasanya la, Azizan Razak nak tengok saja ka, dua orang musuhnya ni berdrama dalam negeri Kedah? he he he.. confirm dia kerat habis laa.. confirm!!
P/s: Memang sahih la Phahrol dan Mat Sabu, nak bunuh diri..
McTheory:
Syok bila tengok Pas dok kerat Pas ni.. macam drama bersiri pulak.. heh..

![]() |
| komen dari penyokong pas pada 28 julai yang lalu |

Langgan:
Catatan (Atom)