Khamis, 16 Mei 2013

PANASS!! Phahrolrazi Letak Jawatan Kerana Merajuk! #HanyaDiKedah

Gambar semasa ditemubual semalam..

Semalam semasa perlatikan watikah untuk Exco baru negeri Kedah Mc ada terjumpa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi. Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini .

Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III. Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie.

Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain.

Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri. Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah. "Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.

Tapi secara jujur Mc nampak beliau berkecil hati dan merajuk dengan tindakan Pas Pusat melantik Mahfuz Omar, dan bukan beliau. Namun dari segi politik, tindakan Pas Pusat adalah tepat. Kalau Phahrolrazi dilantik, sudah tentu beliau akan membalas dendam keatas musuh politiknya dalam Pas. Malah manusia yang amat bernafsu untuk berkuasa ni perlu dikekang, (sama macam Anwar) untuk mengelakan perkara buruk bakal terjadi.


McTheory:
Terlalu ghairah untuk berkuasa, membuatkan seseorang lupa diri..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zalim PAS Pusat.. klu ya pun nak cantaih Pahrolrazi yg byk buat onar kpd Ust Jijan pun..bg lh dia pangku sat jawatan Pesuruhjaya tu.. lama dh dia teringin... hahaha..