Rabu, 10 Oktober 2012

PANASS!! Phahrolrazi Ajak Mat Sabu Bunuh Diri Sesama Di Kedah!! #TukarKedah

Berani Phahrolrazi mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengalukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Memang dahulu, Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen Kuala Kedah pada satu penggal, namun selepas itu beliau lari ke Kelantan apabila rakyat Kuala Kedah menolaknya. Kuala Kedah tolak Mat Sabu, sebab beliau hanya pandai cakap, tapi kerja tak buat pun.


  Mc tak nafikan, Mat Sabu ni mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ahli Pas yang menyokong ajaran syiah. Namun lebih ramai ahli Pas yang tidak mahu Mat Sabu datang ke Kedah, lebih-lebih lagi Pendang.

Kenapa Mc kata begitu? Ketika Mat Sabu berceramah di Pendang, dan orang-orangnya berkempen untuk kukuhkan tapak Mat Sabu di Pendang. Tersebar risalah anti-syiah dan anti Mat Sabu. Seperti digambar di bawah.


Tidak cukup dengan risalah di kampung, surau, masjid dan kaki lima. Ahli Pas Pendang membuat surat terbuka kepada Pas negeri dan Pas pusat untuk mempertimbangkan hasrat untuk meletak Mat Sabu sebagai calon di Pendang. Seperti dibawah, surat terbuka itu, tersebar dimerata pelusuk alam maya. Di mana penyokong dan ahli Pas yang menentang Mat Sabu, menyebarkan surat tersebut dengan meluas.

komen dari penyokong pas pada 28 julai yang lalu

Atas sebab demikian, Mc tabik spring kepada Phahrolrazi, yang berani mengeluarkan kenyataan se'umpama' menyokong Mat Sabu untuk bertanding di Kedah.

Phahrolrazi sendiri pun masih terumbang-ambing di Kuala Kedah. Masih lagi bergelut sesama sendiri, hingga melarikan diri untuk menetap di Kuala Lumpur, namun dalam masa yang sama berani untuk menyatakan sokongan pada Mat Sabu.

Mungkin Phahrol fikir, dia boleh menumpang populariti Mat Sabu. Jika itu yang Phahrol fikirkan, sememangnya dia silap. Rakyat Kedah menolak Mat Sabu disebabkan Mat Sabu tu syiah, yang keduanya, Mat Sabu ni cakap saja pandai, kerja haram tak buat. YB Pas kat Kedah pun dah banyak macam tu, tak payah nak tambah lagi.

Tapi Mc sebagai penyokong UMNO/BN mengalu-alukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Lebih-lebih lagi Pendang. Tak perlu UMNO Pendang nak bersusah payah nak 'tarnish' imej calon parlimen Pas Pendang nanti, sebabnya akan ada orang Pas sendiri yang akan tolak calon Pas sendiri. he he.. kan senang tu..

Dah la imej Phahrolrazi kat Kedah ni dah memang teruk. Tambah pula bergabung dengan Mat Sabu.. memang buruk habis la imej dua ekor ni nanti.

Rasa-rasanya la, Azizan Razak nak tengok saja ka, dua orang musuhnya ni berdrama dalam negeri Kedah? he he he.. confirm dia kerat habis laa.. confirm!!


P/s: Memang sahih la Phahrol dan Mat Sabu, nak bunuh diri..


McTheory:
Syok bila tengok Pas dok kerat Pas ni.. macam drama bersiri pulak.. heh..

Tiada ulasan: