Rabu, 10 Oktober 2012

TUDIAA!! Haron Din dan Shahnon Ahmad Sudah Kena Beli Dengan UMNO!!



KUALA LUMPUR  - "Cuma satu harapan kita agar jangan ada sesiapa mengatakan kedua-dua tokoh ini dibayar oleh UMNO atau kedua-dua kenyataan ini adalah agenda UMNO.

"Sebab, perkara itu tidak berlaku dan kita juga tidak ada masa untuk menggunakan orang dan janganlah merendahkan kredibiliti dan tahap intelektual kedua-dua pemimpin Pas tersebut", demikian pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim bagi mengulas tindakan dua pemimpin Pas mengenai tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerjasama Pas bersama DAP yang dilihat bercanggah dengan kehendak Islam.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din semalam meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Beliau yang dipetik dari sebuah portal berita AntaraPos.com menegaskan demikian ekoran kenyataan Mobashar yang didakwa meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara ketika majlis itu di ibu negara, baru-baru ini.

Manakala Sasterawan Negara yang juga ahli Pas seumur hidup Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula berkata perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Shahnon berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

"Kita percaya ia datang dengan satu kesedaran dan pemerhatian yang cukup jitu terhadap Anwar Ibrahim dan perjuangan Pas di kala ini.

"Kita yakin perjuangan Pas semakin terpesong kerana pimpinan yang ada itu adalah mereka yang sama-sama mempertahan dan memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim," ujar Razali ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata Pas mempunyai kekuatan, kelebihan dari segi agama, cuma menggunakan agama dalam politik yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

"Jadi sudah sampai masanya mereka memperbaiki keadaan, bukan pasal politik tetapi pasal kedudukan agama Islam itu sendiri, dengan kuatnya politik maka kita memperjuangkan agama Islam.

"Begitu juga dengan meletakkan Islam di kedudukan yang betul, Insya-Allah dari segi kuasa iaitu politik, dapat kita kekalkan samaada mereka ingin bersama atau tidak, itu akan menjelaskan pendirian mereka yang sebenar", katanya.

Beliau seterusnya percaya selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang maka parti itu akan terpecah dua.

Justeru tegas beliau jangan pula UMNO atau Barisan Nasional dipersalahkan atau menuduh apa yang dinyatakan kedua-dua pemimpin Pas ini sebagai sandiwara UMNO.

"Syukur Alhamdulillah, jika kesedaran itu datang dari pemimpin Pas sendiri sebab kita dah sebut perkara ini dah lama, cuma kreabiliti kita diserang hebat sampai orang tidak percaya tetapi kita ada juga penyokong yang taksub yang hanya mendengar pemimpin mereka sahaja.

"Jadi apabila Haron Din berkata bahawa Anwar Ibrahim akan membuat pendekatan yang menguntungkan dia (Anwar Ibrahim) sahaja, saya rasa bersyukur sebab perkara itu kita dah nampak lama, sejak dia di dalam UMNO pun kita dah Nampak", ujarnya.

Justeru beliau berharap pengikut dan penyokong parti Pas menilai balik apa yang telah diluahkan oleh kedua-dua pemimpin Pas ini. -MediaUMNO


McTheory:
Harun Din kena beli dengan UMNO? Sapa yang kata tu memang la tak waras!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita minta sangat2 kpd Dato Harun Din supaya tinggalkan politik kepartian jadilah seorang pendakwah yang tidak memihak kepada mama2 parti politik demi agama Islam. Amin

575 berkata...

Jika pendakwah yg telus dan tidak bersifat kePARTIan dalam usaha dakwah, Inyaallah agama islam tidak mudah diperlekehkan oleh pakatan2 yg tahu menguntungkan diri saja.