Khamis, 6 Oktober 2011

TUDIAA!! Sekolah Cina Kena Tindas Di Kelantan!!

klik untuk baca

Pemuda MCA akan menubuhkan satu pasukan yang sah disisi undang-undang bagi mempertahankan SJKC Kai Chih di Pasir Puteh, Kelantan, jika sekolah itu dibawa ke mahkamah kerana mengadakan sambutan 'Mid-Autumn' iaitu pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa permit.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh telah mengeluarkan notis ke sekolah tersebut pada 18 September 2011. Pihak sekolah itu diberikan masa selama tiga hari untuk memberi surat tunjuk sebab.

Kesalahan itu yang mungkin didakwa di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang mana jika disabitkan kesalahan ia membawa kepada hukuman denda maksimum RM20,000, penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Seperti yang dijelaskan, Sekolah tersebut hanya mengadakan sambutan perayaan budaya cina iaitu 'Pesta Tanglung' pada 15 September 2011. Dr Wee yang juga menjawat Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sambutan itu bukan satu hiburan maka ia tidak relevan disaman oleh pihak PTJPP.

Dari sudut Kerajaan Negeri Kelantan, Setiausaha PAS Kelantan Takiyuddin Hassan berkata ia tertakluk di bawah Enakmen Hiburan negeri 1998, tiada sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda menghormati waktu Solat Jumaat.

 Sambung baca SINI.

Kata sama rata? Takkan la hal sebegini pun tak boleh nak tolak ansur? Inikah Pakatan Rakyat? heh..

McTheory:
Kerajaan Pas Kelantan cakap tak serupa bikin lor..

Tiada ulasan: