Ahad, 27 November 2011

KASI PANAS!! BANTAH ALOR SETAR JADI PUSAT MAKSIAT!!



UMNO Kedah terus membantah mengenai kewujudan pusat hiburan di bandar Alor Setar yang makin bercambah.

Dulu semasa pemerintahan BN, Pas terlalu sibuk menekan BN dari segi penubuhan pusat hiburan. Namun, bila ditangan Pas, pusat hiburan tumbuh serupa cendawan selepas hujan.

Inilah yang dipanggil cakap tak serupa bikin! UMNO Kedah juga mahu Pas bertanggung jawab jika perkara ini menyumbang kearah masalah sosial yang lebih serius!

Apakah Pas Kedah dapat mengawal pusat-pusat hiburan ini dengan kuatkuasaan yang secukupnya? Sehingga sekarang bercambah pusat hiburan di Alor Setar. Hinggakan yang terbaru, wujud satu kompleks hiburan khas.

Adakah ini juga satu permintaan dari rakyat?

Pas Kedah harus bertanggung jawab diatas segala tindakannya.

Atau

Inikah kerajaan berlandas Islam yang dijanjikan Pas?

McTheory:
Kalau kata UMNO teruk, Pas berganda lagi teruk!!

Tiada ulasan: