Jumaat, 4 November 2011
PANAS!! Anwar bersama Ambiga dan Majlis Peguam Sokong LGBT
Akhirnya pihak polis mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka yang didalangi oleh Majlis Peguam dan SUARAM. Akhirnya Nik Abdul Aziz turut menyuarakan tentangannya terhadap festival berkenaan. Begitu juga dengan Pemuda PAS. Yang tidak menentang cumalah Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Namun yang paling jelas sangat hendak menjadi juara kepada perjuangan menuntut kesamaan hak buat golongan seks bebas adalah Majlis Peguam dan SUARAM.
LBGT dan perjuangannya sebenarnya bukan lagi perkara enteng yang bersifat remeh. Dengan sokongan daripada kuasa-kuasa besar, seks bebas dan seks sesama jenis sedang menempuhi fasa yang lebih menyenangkan dengan bermodalkan demokrasi. Sesebuah negara tidak demokrasi jikalau tidak membenarkan seks sesama jenis. Sesebuah negara dianggap kuku besi dan tidak bertamadun kerana menghukum para pengamal seks bebas dan seks sejenis, terutama sekali dengan hukuman mati seperti Iran.
Dalam dekad kebelakangan ini, Majlis Peguam merupakan antara pendesak paling kuat untuk meliberalkan masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai yang mereka pandang sebagai elemen demokrasi dan kebebasan. Majlis Peguam Malaysia sebelum ini merupakan antara penyokong kuat perhimpunan BERSIH 2.0 tetapi memberi komen yang negatif terhadap HIMPUN.
Majlis Peguam Malaysia juga merupakan pihak yang paling lantang memperkatakan tentang kebebasan beragama dan mendesak agar mereka yang menganuti agama Islam juga dibenarkan keluar dari agama itu tanpa sebarang hukuman, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peguam yang juga merupakan ahli Majlis tersebut yang telah memurtadkan orang Islam seperti yang berlaku kepada Aisyah Bukhari.
Pakatan Rakyat dan segala bala tentera mereka yang terdiri daripada NGO semakin menonjolkan isu kebebasan seksualiti apabila Anwar Ibrahim diheret ke muka pengadilan kerana melakukan perbuatan di luar tabii. Laungan tentang kebebasan berseksual dibuat untuk menghalalkan perbuatan liwat yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Penglibatan Anwar Ibrahim dalam meliberalkan dan meringankan pandangan terhadap perbuatan keji tersebut, amat ketara sungguhpun sehingga sekarang, Anwar belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Seksualiti Merdeka.
Selain Majlis Peguam dan SUARAM, turut sama terlibat dalam SEKSUALITI MERDEKA adalah EMPOWER, MARINA CHIN ABDULLAH, AMBIGA SREEVANASAN dan XAVIER JEYAKUMAR. Kesemua mereka ini merupakan tulang belakang Anwar Ibrahim. Mereka ini sangat aktif apabila Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan seksualiti. Inilah juga golongan yang menggunakan Pakatan Rakyat untuk memastikan seks bebas merupakan rukun di negara ini.
Anwar Ibrahim mungkin tidak kelihatan dalam Festival Seksualiti Merdeka, tetapi kita boleh meneka mengapa Festival tersebut diadakan pada penghujung perbicaraan liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya. Motif festival tersebut amat mudah difahami iaitu untuk menunjukkan perbicaraan liwat dan keputusan perbicaraan yang sekiranya tidak berpihak kepada Anwar, membuktikan Malaysia mendiskriminasi golongan songsang itu.
SEL 13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan