Isnin, 7 November 2011

Panas!! Jangan lupa undi Pas tau!!



He he he.. Apabila politik dah jadi agama. Nak serah daging korban pun jadi politik juga.

Ceritanya macam ni, Mc berkunjung ke sebuah rumah teman rapat Mc. Dia ni orang kuat Pas. Gambar Nik Aziz dan bendera Pas tu memang jadi hiasan tetap kat dinding rumahnya ni.
Namun ukhwah sesama Islam dan persahabatan diantara kami tak pernah hilang. Namun kalau bertekak bab politik tu, boleh terbang juga la meja dan kerusi. He he..biasa la orang Kedah ni gurau kasar.

Raya-raya macam ni la kita nak berkunjung jumpa rakan-rakan lama. Sedang kami berbual rancak diluar rumah dan membalut rokok. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dihadapan rumahnya. Muncul seorang yang berpakaian t-shirt putih berkopiah, turun membawa beg plastik hitam.

Dari jauh orang tersebut memberi salam, kawan Mc pun menyambut orang itu dengan mesra dan bersalaman. Mc cuma memerhatikan gerak geri mereka dari jauh. Selepas itu orang tersebut memberikan plastik beg tersebut kepada kawan Mc dan berkata,

"daging korban ni Pas yang bagi, jangan lupa undi Pas nanti!!"

Orang itu kata dengan kuat dan jelas. Mereka bersalaman lagi sekali dan orang tersebut turut mengangkat tangan kepada Mc.

Mc menyambutnya dengan mengangkat tangan kembali dan tersenyum.

Dalam hati berkata, "pehh.. Bagi daging korban pun politik ka?"

Adehh.. Tu la penyakit masyarakat kita sekarang. Politik, politik, politik. Sampai bagi daging korban pun politik! Parahh.. Parahh..


McTheory:
Pas paling kritikal bab politik ni..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

......begitu juga yang berlaku dikampong saya di Johor orang hantar daging korban dalam plastik logo pas....takkanlah korban lembu pun ada unsur politik atau RASUAH

Tanpa Nama berkata...

Awal-awal dah rasuah politik, kata tak rasuah.... ha ha ha