Ahad, 27 November 2011

PANAS!! LAGI PUSAT MAKSIAT DI TUBUHKAN DI KEDAH!!



UMNO Kedah mempersoalkan bagaimana semakin banyak pusat hiburan seperti bar, pusat karoke dapat beroperasi dengan mudah di negeri ini.

“Apakah keperluan Kedah yang mempunyai penduduk Islam yang begitu ramai mempunyai pusat hiburan yang banyak. Adakah kerajaan negeri menghalalkan semua itu demi potik mereka,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.


Ahmad Bashah berkata, terbaru beliu mendapat aduan daripada penduduk sekitar Alor Mengkudu mengenai sebuah bar yang baru beroperasi yang dikenali dengan nama House Bar.
Menurut penduduk disitu yang datang mengadu kepada saya, bar itu sangat besar dan hebat dengan mempunyai bangunan sendiri, sama hebat dengan bar di bandar besar yang lain.

Saya juga dimakumlam semasa perasmian bar itu minggu lepas, ribuan orang menghadirinya dengan pelbagai persembahan hiburan, katanya, sambil menambah bahawa bar berkenaan terletak di kawasan Alor Mengkudu yang merupakan kawasan pinggiran bandar Alor Setar yang rata-rata penduduk adalah orang Islam.

Katanya lokasi bar itu juga dekat dengan pejabat ADUN kawasan Alor Mengkudu, yang juga Exco Kerajaan Negeri.

“Adakah kita mahu berbangga dengan penubuhan bar berkenaan sedangkan umat Islam di Tambang Badak sedang memperjuangkan surau mereka yang hendak dirobohkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Dengan Perwakilan UMNO Kedah yang akan menghadiri Persidangan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu depan.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri perlu mendengar rintihan rakyat yang terguris melihat semakian berkembang pusat hiburan di negeri ini.

Katanya tidak ada keperluan untuk mendirikan banyak pusat hiburan di negeri ini.

“Saya percaya sekiranya banyak pusat hiburan diwujudkan di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, penyokong PAS tidak berhenti-henti berarak membuat demo,” katanya.

UMNO Kedah

Tiada ulasan: