Jumaat, 11 November 2011

PANAS!! Pas Kedah Mahu Rampas Tanah Wakaf dan Robohkan Surau!!










Pihak Madrasah Salihiah juga mempersoalkan


tentang Kenyataan & Fatwa dari Jabatan Mufti Negeri Kedah yang difikirkan ada sesuatu yang mempengaruhi kepada perkara yang sedang hangat di perkatakan ketika ini..


Gambar dari blog PadiJantan

Baca beritanya..

Pemegang amanah Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak, di sini yang berusia kira-kira 100 tahun, terkejut dengan keputusan kerajaan PAS Kedah untuk mengambil alih tapaknya bagi membangunkan semula Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai pembinaannya sejak 30 tahun lalu.

Mereka mempersoalkan cadangan pengambilan tapak dan bangunan madrasah itu kerana hartanah berkenaan berstatus wakaf khas untuk dijadikan madrasah dan surau serta mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Ia susulan notis siasatan bertarikh 3 Julai lalu yang meminta pemilik tanah atau pihak berkepentingan terhadap tanah yang terbabit dengan pembangunan plaza berkenaan supaya hadir ke Pejabat Tanah Daerah Kota Setar pada 25 Julai ini bagi membincangkan pampasan untuk membolehkan pengambilan tanah dilakukan.

Pemegang amanah yang juga bendaharinya, Fadzil Ishak, 60, berkata pihaknya tidak pernah dihubungi atau menerima surat daripada pentadbir tanah mengenai pengambilan itu dan terkejut apabila turut dipanggil untuk membincangkan pampasan.

Katanya, tapak madrasah berkenaan yang mempunyai kira-kira 200 ahli adalah berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

“Kita tidak sangka sama sekali pembinaan semula Plaza Tunku Yaacob akan membabitkan kawasan ini sehingga kami menerima notis berkenaan. Namun, bagi kami ini adalah hak orang Islam yang sudah termaktub sekian lama dan kami memilih untuk mengekalkannya seperti sedia ada.

“Justeru, kerajaan negeri perlu menghormati status tanah wakaf khas ini kerana mungkin terlepas pandang dan tidak perasan mengenai perkara ini berikutan tidak mendapat maklumat tepat. Kami harap mereka mengkaji semula tindakan ini.

“Kita juga sudah menghantar surat bantahan bertarikh 13 Julai lalu, namun belum ada sebarang pihak menghubungi kami untuk berbincang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Fadzil berkata, jawatankuasa madrasah itu turut mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang memutuskan supaya premis itu dikekalkan di tempat asal tanpa diruntuhkan bagi manfaat jemaah untuk menunaikan ibadah serta melakukan aktiviti keagamaan.

Katanya, tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar, namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

“Madrasah ini kini menjadi pusat kegiatan kelas Bahasa Arab dan pengajian agama dan al-Quran,” katanya.

Difahamkan, projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium. Ia dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan pemaju swasta.-bh

Ini la kerja kerajaan Pas Kedah. Inikah hasil daripada 'Islam Terlebih' hinggakan sanggup nak merampas Surau dan tanah wakaf? Biaq betui ni Pas?

Di mana kerajaan kebajikan yang dijanjikan oleh Pas? Takkan tunggu nak tawan Malaysia baru ada kebajikan?

Macam ni nak percaya dengan kerajaan Pas Kedah? Islam lagu mana pun tak la..

McTheory:
Pikiaq elok-elok la orang Kedah oi..

4 ulasan:

by49ers berkata...

Ini adalah pendapat peribadi tanpa prejudis.

Saya rasa tawaran dalam kenyataan JMNK "KEPUTUSAN MESYUARAT JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN" adalah bersesuaian.

Merujuk perkara iii dan iv pihak pemaju dikehendaki membina sebuah surau baru dengan segala kelengkapan dan kemudahan asas. Pihak Jawatankuasa Surau sediaada pun akan bersama-sama mentadbir pengurusan Surau baru.

Saya rasa umat islam patut berbangga melihat sebuah Surau dengan ciri Kubah berada dalam Shopping Komplek di Bandar AS.
Ingin saya ajukan satu soalan? Apakah perasaan anda (kita) bila melihat sebuah Kuil Hindu ditengah-tengah pembangunan MID VALLEY? (KL) kenapa pihak pemaju tersebut sanggup mengekal dan membaik pulih
Kuil tersebut? Itula jangan kita terkejut bila pelancung asing mengangap agama rasmi negara kita adalah Hindu.

Saya menyeru pihak MAIK mempastikan pembinaan Surau baru dibina dilokasi yang stratigik bersesuaian sebuah Surau.

Tanpa Nama berkata...

tanah wakaf khas madrasah salihiah ni sebenarnya ...menjadi rebutan puak puak kafir ni ..tahu tak kenapa? kerana tanah ini sangat-sangat bernilai...di tengah tengah kota setar...

tahu tak berapa banyak gereja di alor setar..

tahu tak berapa banyak dan berapa besar wat siam?

tahu tak berapa banyak kuil hindu ..berapa besar?

tapi surau orang islam ni..nak diroboh terus ...dan tanahwakaf terus di rampas....

gila punya kerja..orang islam sendiri kenapa tidak mempertahankannya..kenapa asyik bercakap tentang kemewahan dunia..

tentang shopping complex..

bolehkah tanah wakaf khas di buat shopping complex...sila jawap perkara asas ini...

amat sedih.....

dimana menteri besar..di mana exco agama..dimana mufti..di mana majlis agama islam kedah..

di mana ulamak..di mana dan dimana..

adakah kamu semua ni..makan gaji buat..kenapa tak tak pertahankan maruah umat islam...

janganlah menghina agama islam...
pertahankanlah..Allah Maha Mengetahui...


tolonglah...

Tanpa Nama berkata...

ZIZAN DAH PAKAI MERCEDES BARU LAGI CANGGIH DAN MEWAH DARI DULU... PEDULI APA DIA DENGAN SURAU DAN TANAH WAKAF!!!, SHOPPING COMPLEX BOLEH TAWARKAN MACAM2, ADAKAH 100% ORANG MELAYU AKAN DAPAT TEMPAT DAN BERNIAGA DI SITU??....JADI APA PERLUNYA SURAU SEKALI NGAN KOMPLEH BELI BELAH!!!TEPUK DADA TUNJAL KEPALA PAShIT

Tanpa Nama berkata...

by49ers> Kuil d MID VALLEY dah ada sebelum ujud nya MV. Dlm MV pun dah disediakan surau.Habis kenapa tak DIKEKAL & dibaik pulih surau yg sedia ada. Bukan letak didalam kompleks yg nak dibina.Dpt dibayangkan kalau projek tersebut di buat olh BN, dah tentu JUAK2 PR akan buat bantahan & terguling-guling atas jln raya. Tak tau apa nak jadi UMAT Islam skrg. Fikir2kan lah.