Ahad, 13 November 2011
PANAS!! Walaupun dibenci dan dimarah, Melayu tetap perlu bersatu - Tun Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed berulang kali mengingatkan bangsa Melayu agar terus bersatu. Seperti katanya, menegur sudah, marah sudah dan menangis pun sudah, namun ternyata apa yang dihajati dan diharap belum sepenuhnya tercapai. Malah perpecahan dalam kalangan Melayu dilihat semakin berada pada tahap kritikal.
“Biarpun ada orang benci pada saya, ada orang marah pada saya, tapi saya perlu katakan itu...bahawa orang Melayu perlu bersatu.” kata Tun.
Paling kritikal dan penting pada waktu ini ialah perpecahan orang Melayu. Ia mesti diatasi segera. Ini Kerana Melayu kini sudah mempunyai pelbagai parti politik yang mereka boleh sokong. Dulu hanya Umno dan Pas, sekarang tidak lagi, Sudah ada KITA dan sebagainya. Jadi kita orang Melayu sudah berpecah menjadi tiga atau mungkin lebih.
Kita perlu sedar kita tidak lagi menjadi majoriti. Sedangkan untuk memerintah, kita bergantung kepada majoriti. Sekarang siapa yang menang itu yang kita sokong, jadi kita terpaksa menunggu keputusan mereka.
Sudah banyak kali saya katakan, orang Melayu kena bersatu. Tapi kita degil. Sebagai contoh Pas, mereka Melayu tetapi mereka sanggup bekerjasama dengan DAP. Sedangkan Umno minta kerjasama dulu tapi mereka tidak mahu, dengan DAP mereka mahu. Ini yang saya kata Melayu tidak mahu bersatu.
Dengan DAP mereka sanggup gugurkan Negara Islam. Pada pandangan saya mereka ini hanya bekerjasama untuk menang sahaja. Tentang prinsip perjuangan, mereka tidak peduli. Melayu yang sedar hari ini perlu kembali bersatu demi survival bangsa.
Rindu dengan cara pemerintahan Tun, semua boleh bersatu tidak kira apa bangsa, ekonomi meningkat, negara semakin maju, rakyat sudah mampu hidup mewah tapi semua sudah berlalu. Saya mendoakan kesejahteraan Tun agar dapat memberi buah fikiran yang bernas kepada pemerintahan DS Najib
Sedutan wawancara antara wartawan Sinar Harian dengan Tun Dr Mahathir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan