Isnin, 21 November 2011

TERGOLEK!! Kisah Gajah Pun Takut Dengan Anwar!!



Cerita seloka ni Mc ambil dari blog Pelantaq Hujah. Ada sindiran dan makna yang tersirat didalamnya.

Begini selokanya.

Pada satu hari sekumpulan pasukan PERHILITAN telah menerima maklumat terdapat seekor gajah teruna tersesat dan terpisah dari kelompoknya. Akibat masih baru dan tidak berpengalaman, gajah yang tersesat itu telah jauh keluar dari belantara dan tanpa disedari telah menghampiri kawasan perkampungan. Penduduk-penduduknya pula yang masih lagi trauma akibat tanaman mereka musnah kerana dirosakkan oleh kera menjadi amat terkejut beruk bila mendapati ada seekor gajah berstatus teruna yang mereka sangkakan akan menambah parah kepada tanaman mereka seperti getah dan daun ketom yang baru setinggi tiga kaki dan juga kontan pisang berangan mereka. Lalu mereka bergegas melapurkan kepada PERHILITAN. Dan bergegas juga PERHILITAN menerjah kekampung mereka bersama dengan sebuah lori khusus untuk mengangkut pindah gajah teruna berkenaan.


Di'pendek kata'kan cerita, gajah teruna berkenaan telah dapat dikepung dan dipaksa-asak ke lori yang akan mengangkut gajah teruna berkenaan ketempat lain yang lebih sesuai dengan kehidupannya. Setelah gigih dengan pelbagai cara untuk memaksa gajah berkenaan menaiki lori namun  gagal, mereka memanggil pula bomoh handalan untuk memukau gajah teruna berkenaan untuk dikawal supaya menaiki lori yang telah lama menunggu dan hampir setengah tangki minyak dieselnya habis. Namun selepas sorang demi sorang bomoh dan pawang dijemput untuk menjampi gajah teruna berkenaan, namun semua mereka tetap gagal untuk membuatkan gajah itu naik kelori berkenaan.

Namun dengan takdir datanglah seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia lima tahun dan sedang dalam perjalanan pulang dari tadika berdekatan. Beliau memaklumkan boleh menyelesaikan masalah yang dilihat cukup berat dan semakin meruncing. Beliau terus menemui anggota-anggota PERHILITAN sambil mempelawa diri untuk membantu. Mereka yang dalam kesangsian namun tiada pilihan terus membenarkan kanak-kanak berkenaan untuk membantu.

Dengan langkah penuh keyakinan bergaya panglima Melayu terakhir yang gagah beliau terus menghampiri bahagian kepala gajah teruna berkenaan dan sambil memperkemaskan kuda-kuda tanda berhati-hati, dia lalu menyelak dedaun telinga gajah teruna berkenaan sambil...CEPUTTT!!! Gajah berkenaan terus melenting sambil melompat tepat kedalam perut lori sambil dilihat mengepit kaki belakangnya! Sepantas kilat juga anggota-anggota PERHILITAN berkenaan menutup pintu belakang lori berkenaan dengan kemas.

Dengan penuh kehairanan mereka menghampiri kanak-kanak berkenaan untuk bertanya, serapah apa yang disembur ketelinga gajah teruna berkenaan sehingga begitu ajaib sekali. Sambil tersengih dengan penuh gaya, selamba seiras JOZAN, dia berkata'"Chek bisik kat telinga dia yang ANWAR IBRAHIM dok ada di belakang dia".


McTheory:
Gajah pun takut woo.. kah kah kah..

Tiada ulasan: