Mc ambil artikel ni dari blog baru Team Media Kedah, jawapan semula tentang pembohongan Chegu Bard samseng kencing manis..Bersamaan 17hb Disember 2011, ada program ceramah (pembohongan) PAS telah diadakan di Markas PAS Bayas, Langkawi. Antara penceramahnya adalah :
1) Ust.Azamuddin Taib
2) Ust. Badrul Amin
3) Che gu Bard
Dihadiri lebih kurang 50 orang pengikut tegar dan baki 200 orang adalah pemerhati-pemerhati. (termasuk MKT)
Sebelum ini MKT ada mengulas tentang isi kandungan ceramah (pembohongan) Ustaz Dr. Badrul Amin. Sekarang MKT nak dedahkan pula ketaksuban seorang bekas cikgu (kononnya) iaitu Che gu Bard..
MKT sebenarnya tidak mengenali sangat dengan beliau dan tidak pula timbul sedikit pun rasa hormat padanya. Sebab? Sebab tiada jasaya pada agama dan negara. Jadi pada pendapat MKT, tidak perlulah nak lahirkan rasa hormat kepadanya kerana rasa rugi pulak...hehehehe.
Antara rumusan beliau di dalam ceramah (pembohongan) itu :-
1) UMNO adalah warisan penjajah Barat?
Jawapan MKT : Jika UMNO ini penyambung penjajahan Barat, perlulah MKT bertanya kepadanya mengapa Kerajaan PKR di Selangor masih mengamalkan juga undang-undang pentadbiran Barat? Bukankah PKR adalah pendokong fahaman liberalisme di negara ini?
2) UMNO penerus legasi Perang Salib
Jawapan MKT : Pulak dah! MKT hendak bertanya kepada 'Che gu', che gu ni belajar di mana? Apa buktinya UMNO adalah legasi Perang Salib? Yang MKT nampak adalah terlalu banyak salib-salib sudah tertegak di bumi Selangor adalah...hehehe...Jadi? Siapa sebenarnya penerus legasi Perang Salib ni? Tepuk dada, tanya iman sendiri...
3) Rosmah Pembazir wang Rakyat
Jawapan MKT : Aduh..isu lapok didendangkan lagi. Fikir sejenaklah wahai para pembaca budiman. Datuk Seri Najib ini adalah seorang yang dari mudanya adalah berkarierkan politik. tuan-tuan pun sudah maklum akan elaun ADUN, MP, Timb. Menteri, Menteri, Timb. Perdana Menteri dan terbaru adalah Perdana Menteri...Mengapa dipersoalkan dari mana isterinya dapat duit sebanyak itu? Adakah isteri Che gu Bard itu tidak merasa sedikit pun hasil Che Gu Bard? Fikir-fikirlah...
Dari Blog Baru Team Media Kedah - Melayu Kedah Terakhir -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan