Pada mulanya NGO merancang untuk mengadakan demo. Namun apabila dinasihatkan oleh pihak berkuasa, mereka membatalkan dan hanya bertemu rakyat untuk membawa perkara ini kepimpinan kerajaan negeri.
NGO dan rakyat bertemu.. |
Sempat lagi posing untuk ambil gambar.. |
Mereka cuba menerangkan nasib penduduk.. |
Niat mereka berkumpul, hanya satu. Mahu membela rakyat Sungai Petani yang terhimpit dengan masalah yang agak serius ini.
Bayangkan pengangkutan awam yang hampir 50 tahun wujud, tiba-tiba dibatalkan begitu saja. Tanpa ada gantinya. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat hal ini. Bukan dengan membiarkan rakyat derita baru bertindak.
makcik ni menangis memikirkan bagaimana caranya dia mahu pulang kerumah jika bas tiada? Apakah ada teksi dengan bayaran RM 2? |
Apa yang dihadapi oleh makcik ini (seorang warga emas) akan dihadapi oleh beribu-ribu lagi penduduk Sungai Petani. Mc malas nak mengulas panjang, video dibawah menjelaskan segalanya..
McTheory:
Kerajaan kebajikan? Celah mana kebajikan!!
2 ulasan:
KEDAH SEJAHTERA ka KEDAH HADAPI BALA ka?
Puak-puak PAS ni cakap saja berdegar-degar umpama ayam berkokok ekor bergelumang dengan tahi, Apa yang Kerajaan Barisan Nasional buat dahulu tidak betul maka hari ini PAS hendaklah perbetulkan dan laksanakan lah seperti mana yang telah dijanjikan.
Warga Sebelum Merdeka
Salam.
Aku amat bersimpati dengan rakyat Sungai Petani dan kawasan sekitarnya.
Mana pembelaan "berkebajikan" dari kerajaan Negeri?
Mana pula Ahli Parlimen Sungai Petani?
Tak teringin nak membantuka ?
Sekolah nak buka tak berapa hari lagi. Macamana anak-anak nak ke sekolah? Jalan kaki? Dekat-dekat bolehlah...
Rakyat Sungai Petani boleh "perbetulkan" kelemahan ini dengan satu saja tindakan yang mudah. "Tersesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan"
Pasti berkesan.
Catat Ulasan