Jumaat, 2 Disember 2011

TUDIAAA!! ORANG MUDA MENGEGARKAN BERBAHASAN DI P.A.U!!

Perbahasan puteri yang lantang..

Wan Mohamad bersahaja tapi penuh bermakna..

Mc tak sempat mengulas panjang mengenai dua orang muda berbahas tadi. Namun ulasan dan perbahasan yang mereka lakukan amat bertenaga dan mengegarkan dewan yang agak suram pada mulanya.

Wakil Puteri amat bertenaga, pidatonya menyusuk kalbu semua perwakilan yang ada di dewan. Manakala Wan Mohamad pulak bijak berbicara dan secara santai mengupas semua isu sambil ada kalanya menghentam pembangkang. Terutamanya Pas. Satu ayat yang menjadi tepukan ramai ialah "Parti mengaku Islam tapi buat kerja tak macam cara Islam".. baca petikan dari Bernama..untuk kupasan lanjut..


Puteri Umno , Jumaat mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program Umno agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

Wakil Puteri Umno Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada Umno untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya.

"Untuk memenangi hati generasi muda, Umno perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2011, Jumaat.

Wan Salwati berkata pemikiran kalut, kuno atau cepat melatah perlu dihapuskan dan sikap keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu ditonjolkan supaya golongan muda tidak rasa terpinggir.

"Janganlah bila orang muda bersuara kami dilabel sebagai anak kecil yang ingin mengajar orang dewasa namun inilah realiti yang harus diterima sekarang... kami juga perlu diberi peluang atau kepercayaan," katanya.

Katanya zaman menghimpunkan puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan pemimpin sudah berakhir kerana sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh berjabat salam, berbincang serta menjawab "Twitter" dan "Facebook".

"Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan "cool" apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda,"

"Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan," katanya.

Wakil Kelab Umno Luar Negara Wan Mohamad Azam Wan Rosdy berharap barisan pucuk pimpinan Umno dapat memberi perhatian kepada golongan muda dengan memahami serta membimbing mereka.

Katanya golongan muda mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup berbuat apa sahaja tanpa mengira apa pun yang menanti di hadapan mereka.

"Tak kira sarang tebuan atau apa, walau ayah kata jangan panjat, kita panjat juga. Bila dah jatuh, dah sakit, baru terngadah. Tapi kalau tak jatuh, tak tahu, tak kenal dan tak cinta. Kami dalam proses mengenali parti, bimbinglah kami," katanya.

McTheory:
Jangan pinggirkan yang muda, jangan ingat muda takdak isi..

Tiada ulasan: