Jumaat, 27 Januari 2012

EKSKLUSIF!! Apa agaknya Ayahanda Tun Dr Mahathir buat di Kuala Kedah??

Ayahanda Tun Dr Mahathir ada program di Kedah sesambil tu beliau mengambil peluang untuk melawat jentera pilihanraya UMNO Kuala Kedah atas jemputan Dato Latt bagi memberi amanat dan nasihat untuk memperkuatkan lagi jentera.

Beramah mesra bersama ahli UMNO



Memberi ucapan dan sedikit amanat 

Bersama pimpinan UMNO Kuala Kedah

Barisan jentera pilihanraya

Mc harap jentera UMNO Kuala Kedah bersatu untuk menempuhi PRU ke 13. PRU paling getir dalam sejarah abad baru.

PRU yang menentukan sama ada Melayu Islam masih mempunyai tanah air, atau pun sudah tergadai kepada pihak agensi luar.

Namun yang menjadi masalahnya, masih ramai orang melayu yang tidak sedar akan keadaan ini. Masih ramai lagi yang pentingkan jawatan dan mencantas sesama sendiri.

Mereka tak penting hiraki Melayu yang sedah roboh, mereka lebih pentingkan poket mereka yang tak boleh kosong. Itulah pemimpin melayu sekarang.

Jika dulu, pemimpin menjadi lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Namun kini, ada yang sanggup bakar orang lain untuk selamatkan diri sendiri.

Kalau ada pemimpin macam ni, rasanya tak payah bertanding pun takpa kot. Kalau menang pun menyusahkan orang saja nanti.


McTheory:
Dalam UMNO masih ramai manusia perosak macam tu..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam program semalam dirumah Dato Rahmat ,ada AJK Bahagian yang TAK HADIR,majlis Tun hari ni pun TAK HADIR juga.Pada 18hb ni bahagian ada buat program lagi, kita lihat bagaimana HADIR ka TIDAK.Sebabnya kita tak tahu. Munkin marah dengan TUN...