Rabu, 11 Januari 2012

KASI PANAS!! Apa Cerita Dengan Menteri KDN ni? @HishammuddinH20


Nak tau apa cerita? Baca laa sendiri..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji komitmen dan kerja kuat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat persiapan dan bertugas 24 jam semasa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901.

Menurut beliau, kejayaan polis mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam telah membuahkan hasil yang memuaskan.


''Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota PDRM yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam."

''Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut pendekatan baru ini," katanya.

Hishammuddin berkata, dalam pada PDRM bersikap terbuka membenarkan perhimpunan dilakukan secara aman, mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, pihak polis tetap bersikap tegas dan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat serta ketenteraman awam ketika menjalankan tugas semalam.

Katanya, walaupun berlaku tiga letupan bom, anggota polis mampu mengawal keadaan dengan baik.

''Insiden ini masih dalam siasatan dan saya sendiri sedang memantau siasatan tersebut, justeru saya meminta agar orang ramai sentiasa bertenang dan tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung kejadian ini," katanya.

Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan pengadu.

Polis sebelum ini mengeluarkan permit untuk membenarkan para penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkumpul di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan 10 syarat.

Syarat itu bagaimanapun gagal dipatuhi apabila sebahagian penyokong membawa sepanduk dan kain rentang tertera Lawan Tetap Lawan, Bebas Anwar 901, Rakyat Hakim Negara dan Tolak Fitnah selain memakai topeng muka mirip Anwar walaupun telah dilarang.

Sementara itu menerusi laman Twitternya, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pembangkang terutama Anwar kini tidak lagi boleh memburuk-burukkan sistem kehakiman negara di luar negara dan menuduh kononnya mahkamah tidak bebas.

Malah katanya, Barisan Nasional (BN) juga akan bertarung di atas padang yang sama rata dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Justeru marilah kita (ahli UMNO dan BN) bersama-sama merapatkan barisan dan melihat ke hadapan" katanya

Artikel ni Mc ambil dari KulaanNiring

Memang hari tu.. polis mesra.. Mc yang banyak tanya dan jadi tukang sibuk pun dorang layan baik punya. he he..



McTheory:
PDRM memang cool..

Tiada ulasan: