Itulah yang terjadi di Baling Kedah. Mc sendiri mengikuti Datuk Azeez meninjau keadaan penduduk Baling yang serba kekurangan. Pejabat Penyelaras Parlimen Baling (BN), sibuk bagai nak rak. Berbanding Pusat Khidmat Pas yang 'berdebu' dan tidak berguna langsung.
Jika anda orang luar pasti anda akan fikir Datuk Azeez adalah ahli parlimen Baling, ini kerana kesibukkannya menjenguk rakyat kesana kemari, seolah-olah beliaulah ahli parlimen. Sedangkan ahli parlimen Pas, menghilang entah ke mana. Missing in action!
Ini bukan fitnah atau rekaan, ini adalah suatu kebenaran yang wujud di Baling sekarang. Insyallah Mc akan buat temubual secara rawak dengan penduduk Baling nanti. Biar anda tahu siapa yang bekerja, siapa yang 'dok saja'.
Gambar dibawah ini adalah gambar rumah rakyat, pemberian percuma kepada rakyat yang memerlukan dari Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, ianya hak milik penuh Datuk Azeez. Maknanya sumber Yayasan tersebut datang dari duit poket dan usaha Datuk Azeez sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak.
Ini adalah rumah pertama dari 48 buah rumah.. |
Diserahkan kepada keluarga yang memerlukan.. |
Setiap sebuah berharga RM28,000 |
Ini rumah asal keluarga berkenaan.. |
Struktur pun dah lemah, tunggu masa nak ranap.. |
Daif.. |
Bukan sebuah yang Datuk Azeez buat, ada 47 buah rumah lagi akan diberikan kepada yang memerlukan. Ini bukan janji pilihanraya, ini adalah usaha untuk membantu rakyat Baling. Sedih melihat rakyat Baling terkapai-kapai mencari perlindungan.
Di mana agaknya ahli parlimen Baling, ketika rakyatnya sedang susah?
Ini hanya satu usaha dari Datuk Azeez, banyak lagi yang beliau lakukan untuk membantu penduduk Baling. Kalau nak cari ahli parlimen, cari yang macam ni, bukan cari yang hanya pandai cakap semata, kerja haram taktau buat.
UMNO Baling, UMNO Kuala Kedah, UMNO Padang Terap, UMNO Merbuk dan lain-lain dah bergerak, UMNO Jerai, UMNO Sungai Petani, UMNO Bandar Baharu dan UMNO Pokok Sena sampai bila nak tidoq? Tak teringin nak menang ka?
McTheory:
Rakyat dah tolak Pas, ambilah peluang untuk dekati rakyat..
3 ulasan:
MC, Assassin nak habaq nie, hang tau doq, dekat Qariah KG. Siput Baling, Orang UMNO solat jumaat kat Masjid, Orang PAS pula solat jumaat kat markas PAS. Mana depa belajaq lagu nie. Dalam Islam x pernah suruh dalam satu qariah ada 2 solat jumaat yang berasingan. Pihak berwajib minta tolong siasat perkara ini.
http://assassincyber.blogspot.com
Mc,
ambo nak sebutir!! comel la rumah tu, kaler biru plak tu!!! dengki ambo!
rumah lama tu jgn dirobohkan! sayang la, antiq tu...cantik buluh yg dijalin jd dinding tu. susah nak cari la ni...
habaq ka dato' azeez, puliharakan utk tatapan generasi akan datang!! please Mc??!!
nak habar kat dema.orang Baling cerdik main politik
Dema pakat dah adik beradik dema PAS ke UMNO ke.
Mu hulur dema sapu de.
Bila undi dema pakat gini je.Kedah mu pangkah ostat zizan.Dacing mu pangkah Tok Najik.
Kita untung.Dua -dua kita boleh dapat habuan.
Molek kan gitu.
Biarlah UMNO nak gocoh sesama dema de.PAS pun gocoh juga sama dema.
Catat Ulasan