Ahad, 15 Januari 2012
PANASS! Akhirnya Anwar mengaku dirinya peliwat??
Desakan pelbagai pertubuhan antarabangsa meminta kerajaan meminda undang-undang jenayah untuk menghalalkan kegiatan seks songsang di negara ini perlu ditentang habis-habisan, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahab.
Beliau berkata, kegiatan seks songsang oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bercanggah dengan Islam dan tidak pernah dibenarkan syarak.
“Saya yakin jika ada usaha membawa cadangan ini untuk dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan, ia akan ditolak kerana melanggar hukum syarak serta melanggar tatasusila dan budaya orang Islam.
“Ini adalah cubaan untuk meleburkan budaya dan pegangan umat Islam. Kita tidak mahu budaya liar dan kuning ini menular di kalangan masyarakat.
“Jika LBGT mahu diperkenal dan kegiatan seks songsang mahu dihalalkan di negara ini, ia perlu dibanteras dan ditolak mentah-mentah oleh masyarakat,” katanya.
Semalam, portal berita Pakatan Haram melaporkan desakan International Bar Association’s Human Rights Institute (IBAHRI) meminta kerajaan menghapuskan undang-undang homoseksual supaya perundangan Malaysia seiring dengan undang-undang antarabangsa.
Pertubuhan Progresif Gay Filipina (ProGay) turut menyatakan pendirian sama dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang menjadi sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati tiada bukti kukuh menyokong keterangan Mohd Saiful.
Bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, pula berkata kenyataan IBAHRI membuktikan wujudnya cubaan campur tangan asing dalam menentukan hala tuju negara.
Beliau berkata, tekanan oleh badan guaman antarabangsa itu memperlihatkan wujudnya persefahaman antara mereka dengan badan guaman di negara ini (Majlis Peguam Malaysia).
“Kita tidak memerlukan nasihat orang asing untuk ajar bagaimana cara untuk hidup. Saya percaya mereka ada agenda,” katanya.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, pula berkata cadangan pertubuhan dan badan hak asasi asing itu jelas bertentangan dengan budaya dan adat orang Melayu dan Timur.
“Barat tidak boleh mencadangkan sesuatu daripada luar budaya Timur. Selain itu, ia juga bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Oleh itu, undang-undang dalam Persekutuan perlu berasaskan Islam dan liwat tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam,” katanya.
Ini la bahana yang melanda negara kita sekarang. Apabila seseorang peliwat di bebaskan. Dia akan cuba menghalalkan terus meliwat di Malaysia.
Maknanya, jika Pakatan memerintah, meliwat akan dibenarkan. Gay akan jadi halal dan boleh berkahwin. Bagus sungguh ajaran Anwar ini. Imam Mahdi la katakan...
Dulu Pas kata Islam Pas boleh liwat bini... lepas ni Anwar pulak kata, liwat laki pun ok.. halal. Dap pulak kata, aku dua-dua pun suka.. janji Melayu sama Islam lingkup.
McTheory pulak kata:
Bagi puak ni memerintah.. habis la anak cucu kita jadi songsang!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Semua orang dah tahu sifat, perangai, hobi, pembohongan, korupsi yang dia dah lakukan. Rakyat adalah hakim yang tahu menilai mana baik dan buruk Si Anwari ini. Biar PRU-13 menentukan nasibnya dan bila dah kalah dia akan kata UMNO main kotor, pengundi hantu, dan lain-lain lagi. Biar rakyat yang menentukannya.
Yang paling mudah JANGAN DIPAKAI APA-APA PENDAPAT ANWAR. Dia dah teruk, dah terpesong,dah lemas dah tak fikir negara dan rakyat. Dia hanya nak jadi PM. Jangan layan dia.
Catat Ulasan