6 Febuari 2012 sepatutnya sebutan kes writ saman injuksi Madrasah Salihiah ke atas kerajaan Negeri, Pentadbir Tanah Kota Setar dan kerajaan PAS Kedah bermula.
Namun kerana kegelojohan EXCO Kanan Kerajaan PAS Islam Kedah berulang kali menelefon Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, agar dibuat apa saja sabotaj bagi menghalang saman pihak Madrasah, maka mahkamah menetapkan tarikh baru 21 Febuari 2012 sebagai sebutan semula kes.
Dari blog Kedah Times
Namun kerana kegelojohan EXCO Kanan Kerajaan PAS Islam Kedah berulang kali menelefon Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, agar dibuat apa saja sabotaj bagi menghalang saman pihak Madrasah, maka mahkamah menetapkan tarikh baru 21 Febuari 2012 sebagai sebutan semula kes.
Kita kasihan melihat kedajalan PAS menghuru-harakan hukum agama dan hak umat ISLAM. Semenjak menjadi sekutu komunis DAP, perangai pemimpin PAS kesan jangkitan parasit Anwarinas, agama pas jual. Semuanya demi kuasa.
Ba** menjadi sahabat setia PAS. PAS benar-benar memalukan maruah umat Islam. Dan ternyatalah sesiapa yang masih lagi bersama PAS, hati mereka hitam legam, ditutup dari menerima hidayah Allah. Kita berdoa agar pintu hati mereka ini dibuka untuk fahami bahawa PAS itu bukan agama, sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti politik yang gila kan kuasa, ba** dan laparkan undi dan ufti sehingga apa sahaja halal bagi mereka.
Kita kasihan setelah MUFTI diperalat dalam kes Madrasah salihiah untuk keluarkan fatwa kedua pada 4 Julai 2011 yang jelas bercanggah dengan fatwa pertama yang dikeluarkan pada Jun 2010, kini PAS maju setapak lagi.
Sementara MANTAN YDP MAIK Sheikh Uzir yang dipaksa untuk melakukan tipu daya kepada jawatankuasa nazir pemegang amanah MADRASAH SALIHIAH sehingga berlaku proses tukar nama secara tidak sah dan berlakunya penjualan tanah wakaf khas kepada PKNK kemudiannya kepada Sonny Ho meskipun MAIK sedar mereka hanyalah pemegang amanah dan bukan pemilik tanah wakaf madrasah salihiah.
Sudahlah begitu, Sheikh uzir ditekan pula oleh kerajaan PAS untuk paksarela menerima pampasan hasil jualan tanah wakaf khas berkenaan secara tipu kepada sonny Ho. Dan pampasan ini sesen pun waris dan jawatankuasa nazir amanah madrasah salihiah tidak menerima atau pernah melihatnya.
Sheikh uzir kini sudahpun bersara secara pilihan kerana tidak sanggup lagi menanggung beban penipuan dan dosa kesan arahan pemimpin pas NEGERI. Kita kasihan kerana kini Sheikh Uzir tidak dapat menikmati usia persaraannya dengan tenang. Siang malam meracau dan bercakap sorang-sorang, mungkin mengenangkan syubhah yang beliau lakukan demi memenuhi tembolok EXCO dan pimpinan PAS yang rakus mahukan tapak tanah wakaf khas madrasah salihiah.
Meracau ataupun tidak Sheikh Uzir tetap akan disapina untuk beri keterangan di mahkamah nanti kerana proses jualan berlaku semasa beliau menjadi YDP Maik.
Setelah memperalatkan MUFTI, mengarah dengan paksa YDP MAIK kini EXCO kanan PAS yang sudah lama impikan kerusi MB, cuba pula menggangu hakim, cuba mempengaruhi Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar agar kes writ saman ini berpihak kepada kerajaan pas.
Duit bukan masalah, kerana dibelakang kerajaan PAS KEDAH ialah toke besar Sony Ho. Untuk menghadapi kes ini sahaja Sonny Ho sudah sediakan 10 orang panel peguam untuk berhadapan dengan peguam-peguam muda yang berani yang mewakili madrasah salihiah. Dan yuran guaman yang SONY Ho bayar semata-mata mahukan tanah wakaf khas madrasah salihiah ini kesemuanya berjumlah RM2 juta.. Sedangkan jawatankuasa madrasah tidak mampu mengeluar biaya untuk kos guaman, nasib baiklah peguam muda yang mewakili madrasah sanggup mengambil kes ini secara amal jariah dengan sedikit bayaran dibiayai oleh PERKASA. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik dan niat ikhlas peguam muda tadi.
Mungkin PAS ingat dengan duit mereka boleh lakukan apa sahaja.Tetapi mereka silap, hakim bukan mudah dijual beli, mereka silap Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor setar punyai integriti yang cukup tinggi.
Dan perlakuan si exco YANG bernama IR AMIRUDDIN ini pihak Jawatankuasa Madrasah Salihiah akan adukan pada SPRM dan mengemukakan writ saman khas selain aduan kepada HAKIM BESAR MALAYA.
DUHAI PAS, DAN pemimpin mereka, kamu insaflah, kamu bertaubatlah, cukup cukuplah menyusahkan umat Islam, cukup cukuplah kamu malukan ISLAM. Cukup cukuplah kamu jatuhkan maruah Islam.
Kamu boleh merancang, kamu berkuasa kini di KEDAH tetapi ingatlah perancangan Allah dan kuasa Allah s.w.t lebih besar dan hebat dari kuasa kamu.
Duhai PAS kedah, jadilah anak jantan sebenar, kenapa kamu takut untuk hadapi writ saman injuksi dari golongan bingai di mahkamah. Berilah ruang kepada golongan bingai dari Madrasah Salihiah untuk memperdengarkan kes mereka dimahkamah, biar mahkamah menentukan siapa salah siapa menipu.
Sekali lagi jika kamu pejuang Islam sejati, duhai pemimpin PAS KEDAH bertarunglah secara anak jantan, berlawanlah dengan penuh maruah.. Kini baru kamu semua sedar bahawa langit itu tinggi atau rendah, pembohongan kamu akan Allah s.w.t singkap biar rakyat ketahui bahawa hakikatnya kamulah dajal-dajal yang merosakkan sistem, memporak-perandakan umat dan melacurkan Islam demi kepentingan kuasa dan habuan untuk diri kamu.
BERTAUBAT DAN INSAFLAH.. Ingatlah dalam PRU KE-13 NANTI RAKYAT KEDAH AKAN MENGHAKIMI KAMU.
Dan di Mahsyar nanti, Allah s.w.t akan menghakimi kamu pula..
2 ulasan:
bro kita kasi bongkar pasal Sonny Ho pulak nanti , ni mesti pengangak mana ni nak ambil keuntungan . Dan jangan lupa seret sekali Sonny Ho ke Mahkamah .
PAS Kedah merintis "jalan ke neraka". Rakyat Kedah jangan terlibat,bungkus PAS dalam PRU 13
Catat Ulasan