Ahad, 19 Februari 2012
GEMPAR!! Zaid Ibrahim di TAMPAR lagi!!
"Kami sudah letih dengan Zaid, ditambah dengan sikapnya yang lebih pentingkan agenda peribadi," kata Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sembilan, Sri Sanjeevan.
Sanjeevan berkata demikian bagi mendesak Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai presiden berikutan hasratnya mahu membubarkan parti itu.
Katanya, pihaknya tidak akan sesekali membiarkan parti itu dibubarkan, bahkan akan mempertahankan parti itu dan meneruskan perjuangan walaupun tanpa Zaid.
“Kita mendesak supaya Zaid berundur kerana beliau sudah tidak layak untuk diangkat sebagai presiden parti lagi dengan tindakannya membelakangkan parti,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mengakui parti ini masih lagi ‘mentah’, namun ia tidak sedikit pun menjejaskan perjuangan asal parti dengan ahli sedia ada.
“Sekarang tiada sebarang masalah serius sehingga boleh menyebabkan pembubaran parti.
"Di peringkat kepimpinan negeri pun langsung tidak timbul masalah, begitu juga di kalangan ahli, tetapi sebaliknya apa yang berlaku ialah kegagalan Zaid dalam mentadbir parti dengan baik,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
Sanjeevan berkata, sudah tiba masanya Zaid berundur kerana beliau kini secara tidak langsung dilihat mengabaikan tugasnya sebagai presiden.
Menurutnya, desakan supaya Zaid meletak jawatan dicapai pada beberapa siri rundingan dengan pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan, bulan lalu. Sehingga kini, seramai 300 ahli berdaftar di bawah Kita di Negeri Sembilan.
McTheory:
Zaid ni dah jadi pelarian.. mana-mana pun orang tak suka!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan