Selasa, 7 Februari 2012
PANASS!! Hadi Awang menyokong Program DS Najib di Marang?
Sambutan meriah yang diberikan penduduk Marang kepada PM semalam sememangnya sesuatu yang mengejutkan. Siapa sangka program BN yang diadakan di kubu kuat PAS Terengganu boleh mencapai kejayaan seperti itu.
Kalau anda pernah berkesempatan ke Marang atau Masjid Rusila, anda akan lebih memahami mengapa kami berkata sedemikian rupa. Kita perlu ingat bahawa Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO lahir di sana. Rata-rata penduduk Marang adalah penyokong PAS. Yang tidak menyokong secara terang-terangan akan dipulau dan dijadikan musuh. Marang seolah-olah satu negeri anti UMNO di dalam Malaysia.
Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada PM Najib. Beliau ingin melihat sendiri tahap sokongan rakyat walaupun di kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang. Beliau sedar rakyat yang hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada program bakal menghadapi risiko dipulaukan rakan-rakan dan saudara mara. Sedangkan pasang bendara pun boleh dapat amaran keras.
Tetapi rakyat tetap turun kerana mereka sedar hanya UMNO dan BN sahaja yang dapat membela mereka!
Atau sebenarnya wujud satu perancangan sulit di antara Presiden PAS dengan PM?!! Macam jadi satu kebetulan pula PM memilih untuk melawat Marang ketika Hadi Awang berura-ura untuk mengundur diri.
Sebelum ini Hadi Awang, Najib dan Muhyiddin pernah mengadakan perundingan sulit bersama YDPA yang diuruskan oleh Pak Lah. Sampaikan bertempurlah dua kabilah PAS di perkarangan Masjid Rusila apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim!
Silap-silap, Hadi Awang sendiri yang kerahkan pengikut tegarnya untuk memastikan program lawatan PM itu berjaya. Mana tahu?!
Fuyohh cerita panass ni Mc ambil kat SINI
McTheory:
apakah ini petanda baik? hehe...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Carek-carek bulu ayam...Nik Aziz bulu apa?
Catat Ulasan