Ahad, 5 Februari 2012

PANASS!! Pas dan Pkr Peleceh Ostat Azizan Sebagai MB Kedah!!

PAS dan PKR tidak menghormati Datuk Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan beliau menyifatkan kritikan daripada dalam parti itu juga mengambarkan ada usaha menyingkirkan Azizan.

Beliau berkata tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lantang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu pengantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), memperlihatkan bahawa pakatan pembangkang itu hanya mengutamakan politik sahaja, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

Dalam isu KUIN berkenaan, Azizan telah melakukan apa yang sepatutnya beliau buat selaku Menteri Besar iaitu menyerahkan kepada KUIN sepenuhnya menangani perkara berkenaan tanpa campur tangan beliau, katanya.


Sambil menyatakan beliau menghormati pendirian Azizan dalam isu KUIN berkenaan, Ahmad Bashah berkata apabila seorang Menteri Besar sudah lagi tidak disokong oleh parti sendiri, bagaimanakah beliau dapat mentadbir negeri dengan baik.

“Sepatutnya parti menghormati tindakan beliau, ini tidak mereka menyerang beliau termasuk menyuruh beliau masuk Barisan Nasional serta tidak menghormati lansung kedudukan beliau selaku Menteri Besar,” katanya, sambil menyatakan bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat sesuatu keputusan dan parti seharusnya menghormati keputusan berkenaan.

Ahmad Bashah yang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Pelajar Disayangi Waris Didekati di Sekolah Menengah Convent di sini, hari ini, diminta mengulas serangan yang dihadapi Azizan termasuk daripada dalam parti beliau sendiri mengenai isu KUIN itu.

Antara lain Azizan diarahkan menutup mulut daripada membuat sebarang kenyataan dan Azizan sendiri dilaporkan berkata belaiu sedia dipecat daripada parti.

Ahmad Bashah berkata dalam perspektif yang lebih luas beliau melihat isu KUIN sengaja dibesarkan dengan tujuan menyingkirkan Azizan daripada kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

“Kita tahu pergolakan dalam parti mereka,,,usaha menyingkirkan Azizan sudah berlaku sejak beberapa waktu dahulu,,sekarang ini makin hebat kerana semakin dekat dengan pilihan raya,” katanya sambil menambah bahawa isu KUIN adalah modal terbaik buat masa sekarang untuk ketepikan Azizan dengan mengambarkan seolah beliau tidak selari dengan dasar parti pembangkang.

Beliau berkata sikap Azizan yang tidak setuju dengan beberapa isu dalam PAS menyerlahkan tentangan beberapa pihak dalam parti terhadap Azizan.

“Dalam beberapa isu kita lihat Azizan tidak setuju dengan pendirian kumpulan erdogan seperti isu kerajaan perpaduan dan beliau juga dituduh terlalu mesra dengan UMNO. Ini menjadikan beliau tidak digemari beberapa pihak,” katanya.

Pada majlis berkenaan seramai 320 pelajar daripada sekolah dalam kawasan Parlimen Alor Setar, yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pepesiksaan Menengah Rendah menerima hadiah berupa wang tunai RM100 bagi pelajar UPSR dan RM150 bagi pelajar PMR. - UMNO KEDAH

Tiada ulasan: